Saturday, April 30, 2011

- Bosang Dengor Lelaki Gni -

Salam.

Nak membebel jap ni. Boleh nggak?
Ala, boleh ke tak.. Aku xkisah! Aku nak membebel gak! :D

Ha, nak membebel pasal perangai sesetangah lelaki.
Bukan pe, based on pengalaman la kan. 
Ye la, Aku suke perati orang tau. 
So beware of me. Wakaka

Some lelaki kan, berperangai camni. Ok let me list down ek.

1. Lelaki baru putus cinta

Lelaki: Saya sebenarnyer sayang sangat kat die. Terase sangat kehilangan dier. Sunyi sangat sekarang.
Perempuan: Oooo.
Lelaki: De tak kawan2 yang single? Tolong ejas boleh?
Perempuan: Errkkk??? 

Ape ke benda sayang giler, xleh hidup tanpa pompuan tu if xsampai satu hari berpisah dah nak menggatal cari lain? Sayang ke tu?
Seyes aku tak paham weiiii.
Sayang bla bla bla..
Pastu suh tlg carikan gf lain.
What the rock is cooking? -___-"



2. Mulut manis macam gula

Lelaki: Ko klas A dulu kan?
Perempuan: Aha.
Lelaki: Ko cantik la skang. Leh ngorat?
Perempuan: Mulut manis ek?
Lelaki: Tak la.. Aku memang suke ko dari dulu pun.
Perempuan: Ooo. Dari bile lagi? Camner ko boleh suka aku plak?
Lelaki: Tak boleh la nak cakap. Bla bla bla

Dah. Sampai setakat tu pun aku akan cop 'mulut manis lebih dari gula'.
Tipu betul. Jumpe pun xpnah mase sekolah dulu.
Pandang apatah lagi kan.
Tiba2 dah besar dah xsememeh cakap dah suke dari dulu.


**pastu nmpk kt fb dier ngorat kawan satu sekolah yang lain plak**


Klise seiiii taktik ngorat.
Bolayan~~~


3. Try & Error

Lelaki: Dulu aku suke Aminah tu. Comel.
Perempuan: Ooo ye ke?
Lelaki: Tapi dier dah de bf.
Perempuan: Kesian.
Lelaki: Tapi xpe, xdapat dier. Skang aku suke ko.
Perempuan: What the rock is cooking??

Boleh plak terus terang cakap camtu.
Pompuan tu 2nd choice la kirenyer?
Cinta ke cmtu?

Lelaki memang suke try & error ke?
Semua dier nak try.
Mane yang sangkut ambik.
Pastu jumpe lagi lawa. Tinggal.
Hi hi bye bye.



4. Aku dah tak sayang dia.

Lelaki: Aku dah tak sayang dier la. Dier dah berlagak la skang.
Perempuan: Oooo.

Usha2 fb:

"Rindu la kat my awek, Mak Minah. Jage diri elok2. Muaaah ^^, " - kat wall fb lelaki tuh.

Hok oloh.
Tadi cakap dah tak sayang.
Dah kutuk kaw kaw.
Tapi still jiwang.
What the rock is cooking?
Ambik hati?
Takut sunyi kl clash?
Tunggu de awek baru dulu baru nak clash sbb takut xmacho r xde awek??


---------------------------------------------------------------

Banyak la dengar macam kat atas tu.
Senang je.
Buat2 offline.
Buat2 idle.
Senang.
Bolayan sudeh.
Dengar sekali leh r tahan. 
Dengar banyak kali nak muntah la gak kan.
Tpi bukan lelaki je pun cmtu.
De gak pompuan camtu.
Oh saya bukan anti lelaki ye.
Just suke memerhati.
Hehehe~~~
Jangan sentap tau lelaki sekalian.
Saje je. Pompuan pun de sesetengah tu same je.
Kadang2 mulut hanya pandai berbicara.
Dalam nyer amat lain dari mulut~~~

p/s: intenet laju wooo dak2 UKM dah cuti. heaven. leh dload muvie ni. kerh kerh kerh :'}



Friday, April 29, 2011

- Tak Laku? Tak Cantik?? -

Salam..

Korang pernah tak dengar kawan2 korang mengeluh pasal xde boifren?
Mesti pernah kan?
Sama ada kawan rapat ke..
Dengar orang2 di jalanan bercakap ke..
Kadang2 dengar camni ha lebih kurang:


  • "Aku tak cantik,...mestilah xde boifren..xde org nak kt aku..huhu"
  • "Kenapa orang lain cepat je dapat boifren, baru clash dah tukar boifren.."
  • "Abislah aku jadi andartu..xde orang nak. Umur dah 25 tahun  ni..Wuwuwu". **nasib baik aku baru 24. tu pun xsampai lagi. haha**
  • "Aku rasa aku mmg xkan kawen la. Memang xde sape nak kt aku. Semua lelaki dah ade boifren dah."


Ok malas dah nak list kan.
Sebab setiap orang pun ade rase kesunyian. Kesepian. Ingin disayangi.
Tipu la kl cakap x kan.
Aku pun same.

Tadi aku jumpe satu statement ang menyentuh hati..

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya wlaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya."

Tidak perlu gusar andai tiada teman lelaki.
Tidak perlu gusar andai tiada yang menemani.
Ingatlah..
Allah is always by our side.
Allah sudah merancang yang terbaik untuk kita.

~~Senyum dan ucaplah "Alhamdulillah"~~






- Pemilik Hatiku Adi Sixth Sense (Tanpa 2) -



Di hatiku ini sunyi sunyi
Di jiwaku ini hampa hampa
Hidup ini kosong kosong kosong
Hati ini sunyi sunyi

Tanpamu tanpamu ku sepi

Tanpamu tanpamu ku sunyi
Tanpamu tanpamu ku sepi
Tanpamu tanpamu ku sunyi

Engkau jiwaku
Hidupku hatiku
Engkau nafasku
Darahku nadiku




first time dengar kat citer Laila **pe tah full title citer tv3 tu**..
terus masuk dalam telinga + jatuh hati!!
padahal lagu ni duk ulang2 lirik ja pun..
tapi still suuuuuukkkeeeeeeeeee...
suke suke suke.
senang ja nak cam lagu sixth sense.. sengau..tapi still best!!! **jangan marah ya adi :) **

- Pisang Goreng Sira Gula -


Salam...

Nak share satu makanan kesukaan saye.
Suke buka peti ais mak cari makanan ni petang2..haha

Pisang Goreng Sira Gula

Bahan2:

Pisang
Gula

Cara2:

1. Goreng pisang. (Goreng begitu sahaja).
2. Bila sudah lembik & masak (warna kehitaman), toskan.
3. Masukkan dalam bekas.
4. Curah sedikit gula.
5. Ulang sehingga pisang abis (lapiskan pisang dengan gula).
6. Simpan dalam peti ais.
7. Esoknyer atau beberapa jam..boleh la buka peti ais makan. Gula tadi akan cair. Best!!!


jangan risau dengan kehitaman kuali anda selepas itu..dijamin tanggal..haha

camni la lebih kurang letak gulanya.sikit ja sbb pisang dah manis.

gula cair.



 p/s: xde gambar pisang ni dah sejuk. xsabo2 makan sampai lupe.. hahaha


- Sosej Masak Merah -

Bahan2:

Bawang merah
Bawang putih
Sos tiram
Sos cili
Sos Tomato
Kicap
Gula 
Garam
Cili giling
Air
Sosej (daging + ayam) - goreng dahulu

Cara2:

1. Tumis bawang merah & bawang putih.
2. Masukkan cili giling. Masak hingga garing.
3. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap, gula & garam. Secukup rasa.
5. Masukkan sosej.
6. Siap.

sosej daging + ayam

lauk arini....




Tuesday, April 26, 2011

- Resepi Simple : Jeput (Cucur) Ikan Ayo Kukus + Kangkung -

Salam..

Bertemu lagi kita di segmen Mari Memasak bersama Chef Pjah!
As usual, awok nak share resepi simple bagi yang bujang.
Ekeke.. bese la.. duk sorang2 masak pun simple je.
Dont expect me to share resepi waalllaaaweeehhh ye.. haha

Ok..

Resepi Jeput Ikan Ayo Kukus

Bahan2:

Ikan ayo (ikan tongkol) kukus 
Kangkung (hiris)
Bawang merah (hiris)
Garam sikit
Gandum
Air


Cara2:

1. Masukkan kangkung + bawang yang telah dihiris ke dalam bekas.
2. Masukkan sedikit garam.
3. Masukkan ikan ayo kukus. Carik2kan.
4. Masukkan gandum. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati.
5. Goreng. Siap.

macam ni ye anak2. blh mkn 1 family..haha

saya sedia! saya sedia! untuk dimasak...

sungguh enak dimakan begitu sajaaaaaa

dap dap dap

oh ye.. nak buat ikan ayo kukus camno?
ok..camni ha:

Bahan2:

Ikan tongkol
Air
Asam keping
Garam
Sedikit cuka

Cara2:

1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk.
2. Masak sampai mendidih.
3. Ikan kukus ni best dibuat jeput. Best jugak dibuat goreng merah makan ngan nasi lemak. Sedapnyer nasi lemak ikan ayo :'{

ikan ayo kukus yg dah disumbat dlm peti ais -___-"



- Tempe Sos Tiram -

Salam...

Sape suke makan tempe??
Sape suke makan tempe, angkat tangan macam sayeeee~~~~

Resepi Tempe Sos Tiram

Bahan2:

Tempe (digoreng)
Bawang putih, bawang merah, bawang holland + halia (dihiris)
Sos tiram
Cili / lada merah
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air

Cara2:

1. Tumis bawang putih + bawang merah + halia hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram. Masukkan sedikit air.
3. Tambah sedikit garam dan gula hingga secukup rasa.
4. Masukkan tempe yang telah digoreng. Kacau sebati.
5. Masukkan bawang holland + cili / lada.
6. Siap sudeeehhhh. Sungguh enak dimakan begitu saja~~

siap. simple. makan sorg simple2 sudeh..huhu

ok tipu. banyak giler kn mkn? hahaha tok saboh -___-"

p/s: tengah menghabiskan tempe ini.nyum nyum

Friday, April 22, 2011

- Lelaki Yang Matang -

Salam...

Another lonely weekend..
Sebab xde member yang datang umah..haha
Nak kuar pun cam malas je..
Cam rajin nak siapkan keje plak rasenyer arini..
**siapkan keje tp still melekat kat laptop n tv..wakaka**



Berbalik kepada tajuk la kan..
Meh Dr Pakar Cinta nak berbicara..
Wakaka boleh la kl nak muntah ye..
:-D

Dr Pakar Cinta anda hari ini ingin mengulas berhubung dengan 'lelaki matang'..
Oh oh oh...
'Lelaki matang' di sini bukan bermaksud lelaki yang dah beristeri atau duda atau tua atau whatever la..
Tapi 'lelaki matang' yang Dr maksudkan **ceh xberagak guna Dr.. nak jadi Dr Rozmey ka? haha**
Ok2..serius..
Lelaki matang yang saya maksudkan adalah dari segi pemikiran..
Pemikiran yang matang..
Ini bermakna lelaki matang adalah lelaki yang mempunyai pemikiran yang matang dalam setiap tindak tanduk nya.
Ye..gitu~~~


Antara lelaki yang membawa gitar & memakai blackberry..
Dengan lelaki yang pakai biase2, guna pun nokia 3310 je..
 tapi dalam diam dah ade tanah dan rumah sendiri..
Mane lagi cool?
For me... yang de tanah & rumah lagi cool!!



Tak perlu nak tunjuk2 kekayaan...
Menabung dalam diam..
Membuat pelaburan untuk jangka masa panjang..
Merancang untuk masa depan..
Tidak membazir.
Mude2 dah kumpul harta.
Very matang yet humble.
Berpijak di bumi nyata.

Ape tah aku membebel kan..
Just nak cakap..
Jangan pandang orang sebelah mata..
Tu je.. haha
Ok chow!!


for u :'}

Thursday, April 21, 2011

.: Lisa Surihani & Yusry KRU??? :.

Salam...

Tadi duk bersiap2 nak ke fakulti..
Bukak la HOTFM as usual la kan..
Tibe2 terdengar gossip hot meh..
"Yusry KRU mengaku intim dengan seorang pelakon wanita."
Of coz la wanita kan.
Xkan laki kot.
Ha sape2 yang dulu pernah fitnah Yusry gay sbb tu cerai ngan Erra tu..
Baik mintak maaf cepat2!

Yang lagi hot nyer kan...
"Yusry mengaku intim dengan Lisa Surihani"
Oh My Gucci!!!!
Lisa ngan Yusry??
Yusry ngan Lisa??
YUSRY?
LISA??


+




Oh My Gucci!!!
HOT!!!!

~suke suke suke~



........PENCARIAN KAUM ADAM, PENANTIAN KAUM HAWA.........

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

Wallahu'alam................






----------------------------------------------------------------------------

sangat setuju..
memilih bukan bermakna berlagak.
bukan bermakna jual mahal.
perkahwinan adalah perkara yang sangat serius.
kita berkahwin bukan untuk sehari..
tetapi untuk selama2nyer..
pilihla seseorang kerana agama yang ada padanya..
nescaya kamu akan bahagia selama-lamanya..
Amiiinnn...

seringkali ditanya...
"mane ye nak cari pompuan baik zaman skarang.. semua perempuan kebanyakannyer tah ape2 je.."
"susah nak cari lelaki yg betul2 baik skang ni.. ramai yang hampeh je.."

jawapannyer ringkas saja..

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS andai diri tak sesuci SULAIMAN.
Mengapa mengimpikan teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Usah berharap teman sehebat Ibrahim sekiranya diri tak setabah SITI HAJAR dan SITI SARAH.
Jangan didamba kasih seistimewa SITI KHADIJAH bila diri tak sesempurna MUHAMMAD S.A.W...
Berhenti menginginkan wanita sebaik FATIMAH AZ-ZAHRA sewaktu peribadimu tak semulia SAYIDINA ALI.


cermin diri tanya peribadi..
perempuan baik untuk lelaki baik.
lelaki baik utk perempuan baik.
so, jadilah baik andai benar mendamba yang baik.

sekadar berkongsi & saling memperingati.. 
:)



- Antara Pegang Awek & Pegang Anjing -




LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



sumber -  fan page TerrBBaaaaeeekkk


==============================


pernah de orang bagitau..
tipula kl couple xpegang tangan..
mestinyer pegang tangan..

hmm... 
what say u?

berdoa pada Allah agar dipelihara dari segala kejahatan dan maksiat..
Amiinnn..


p/s: untuk renungan & ingatan bersama.. yang mana boleh diperbaiki, kita baiki.. 



- Belajar Menerima Sebuah Hakikat Kehidupan -

Salam...

Yakinlah apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk diri kita...

Biar orang lain tidak mengerti apa yang kita lalui..
Yakinlah Allah mengetahui dan mengerti segala2 nya..

-Senyum tak perlu kata apa apa...... - 


di kala terasa keseorangan.. ingatlah Allah sentiasa ada bersama..

di kala terasa kesedihan.. ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita..

di kala kecewa..ingatlah orang yang lebih menderita...

p/s: tiada kaitan dengan yang sesiapa.. sekadar motivasi untuk diri sendiri yang kadangkala alpa dan kecewa................