Friday, January 3, 2014

:: RESEPI LOKCHING / SATAY IKAN ::

Salam..

Lokching atau satay ikan merupakan makanan feveret saya dari kecik sampai besar..
Dulu2 selalu ada orang jual lokching dengan basikal atau motorsikal..
Sekarang dah susah dah nak jumpa..
Satu lagi saya suka berhenti kat Masjid Gua Musang kalau on the way balik ke Besut atau balik ke Bangi sebab kat masjid tu selalu ade orang jual lokching..
Sebenarnyer senang je nak buat lokching ni..
Saya kongsikan resepi di sini ye..
Resepi lokching dari Kak Idazs..



Resepi Lokching

500gm isi ikan selayang/sardin
100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
1 biji bawang besar
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk penaik

Cara2:

1. Kisar isi ikan bersama bawang besar.
2. Gaul bersama tepung ubi kayu, garam dan serbuk penaik.
3. Bulat2kan.




4. Goreng sebentar.




5. Bila nak makan, bolehla dicucuk pada lidi dan dipanggang.


panggang guna pemanggang ajaib sahaja


*nak makan goreng sahaja pun boleh
*kl lembik, boleh tambah tepung hingga xlekat di tangan
*saya xikut sukatan pun, saya suka rasa ikan banyak, jadi saya buat lembik je mengikut selera saya dan husband..

Resepi Sos Lokching (Saya punya resepi sendiri)


1 biji bawang putih (dibakar kemudian ditumbuk - menaikkan bau)
Cili kisar
Air
Gula melaka (boleh juga guna gula tapi gula melaka lagi best)
Sedikit asam jawa
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air (untuk pekatkan sos)
Pewarna merah

Cara2:

1. Bakar bawang putih. Tumbuk.
2. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan pewarna merah di dalam periuk.
3. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh hingga sedikit pekat.

*kalau nak resepi Kak Idazs, boleh la ke link di atas.

Puas hati ngan resepi lokching ni..
Sangat menjimatkan..cuma malasnya nak bulat2kan tu..haha
Hingga ketemu lagi..

Assalamualaikum...






Wednesday, January 1, 2014

:: RESEPI AYAM GORENG CRISPY & COLESLOW ::

Salam.

Selamat tahun baru semua.
Sempena tahun baru ni, harapnya saya akan rajin mengupdate blog yang bersawang ni.
Hajat di hati hari ni nak makan nasi dengan ayam goreng tepung biasa dan sayur goreng je..
Tapi terpandang plak nestum cantik dalam kabinet dapur dan daun salad lebihan nasi ayam semalam..
Terus terasa nak main campak2 bahan buat resepi ikut suka.. hihi
Jadilah menu hari ni Ayam Goreng Crispy dan Coleslow..
Alhamdulillah hubby suka..
Saya kongsikan resepi di sini..
Sape yang nak cuba, silakan.. (^_^)

Nasi bersama ayam goreng crispy dan coleslow


Resepi Ayam Goreng Crispy

Bahan2:

Ayam
Garam
Serbuk kunyit
Tepung ubi
Tepung gandum
Telur (pukul sikit)
Serbuk cili
Nestum (guna breadcrumps pun xpe)

Cara2:

1. Perap ayam bersama kesemua bahan kecuali nestum.
2. Masukkan dalam peti sejuk sebentar (supaya perapan melekat elok)
3. Panaskan minyak (guna minyak banyak - deep fry)
4. Campurkan sedikit tepung gandum, tepung ubi dan nestum.
5. Gaul ayam dengan campuran tepung gandum, tepung ubi dan nestum hingga sebati.
6. Goreng hingga masak.

Ayam Goreng Crispy


Resepi Coleslow

Bahan2:

Daun salad (potong halus)
Tomato (dadu)
Lobak (dadu)
Kobis (potong halus)
Bawang holland (dadu)
Mayonis
Lada sulah
Lada hitam
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit jus limau nipis

Cara2:

1. Gaul semua bahan.
2. Simpan dalam peti ais.


Coleslow

Mudah saja kan?
Selamat mencuba.
Aqil dah memanggil2 umminya..
Bye! 


Monday, September 2, 2013

Rainbow Cake + Cream Cheese Topping

Salam..

Sempena Merdeka dan mok pun datang Bangi bersama adik laki (nak hantar adik ke UTHM)..
Kami ambil keputusan untuk buat Mini Openhouse..
Saya ambil peluang ini untuk try buat Rainbow Kek.. belajar deko kek sekali..
Kepada kawan2 yang mintak resepi..
Ini resepi nyer ye (^_^)v

Resepi Rainbow Cake


Bahan-bahan:
430gm tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
250gm butter
340gm gula kastor
5 bj putih telur - suhu bilik
2 sdk esen vanila
375ml susu segar - suhu bilik
pewarna - merah, oren, kuning, biru, ungu, hijau

Cara-cara:
1. Sediakan loyang 8" - beberapa loyang spy cepat (saya guna 6 loyang)
2. Sapu loyang dengan butter dan alas dgn baking paper (spy tak melekat). Sapu baking paper dengan butter.
3. Panas oven pada suhu 170C.
4. Ayak tepung, baking powder, garam - ketepikan.
5. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu atau butter tukar menjadi putih. Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.\
6. Masukkan esen vanila.
7. Slowkan mixer ke kelajuan paling rendah. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar(boleh juga guna spatula buat kaedah kaup balik). Pastikan tepung berselang seli dengan susu. (mulai dengan tepung diakhiri dengan tepung juga. Tepung-susu-tepung-susu-tepung)
8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (sama banyak -> +-260gm)
9. Letak pewarna pada setiap bekas dan gaul rata.
10. Masukkan dalam loyang. Bakar satu persatu pada suhu 170C letak pada rak bawah guna api atas bawah selama 15-20min atau sehingga masak.
11. Bila sudah masak, tggu sejuk.
12. Teruskan menbakar loyang2 lain.
ps: jangan tindih2 kek. kek mudah melekat dan menjadi comot.

Resepi Cream Cheese Frosting




Bahan-bahan:
250gm cream cheese
120gm gula
120gm butter

Cara-cara:
1. Pukul semua bahan dengan mixer hingga gebu dan ringan


Cara Melapis Kek


1. Mulakan dengan 1 lapisan kek mengikut warna kesukaan.
2. Sapu sedikit cream cheese di atas lapisan kek dan ratakan. Boleh ayak serbuk coklat di atas lapisan tadi.
3. Letak lapisan kek warna lain di atas. Ulang sehingga ke lapisan terakhir.
4. Setelah lapisan terakhir, buat lapisan cream cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream disekeliling kek.
5. Hias ikut kreativiti masing2.
ps: untuk frosting, boleh tambah sedikit whipping cream untk lembut (80ml)


Tu saja. Silakan mencuba
(^_^)v

-PjahFzah @ Bakery Mekteh-

Monday, August 26, 2013

Resepi Homemade Aiskrim

Assalamualaikum..

Sorry kawan2 lambat share resepi kat Facebook..
Saya share kat blog je senang nanti nak trace balik (^_^)

Resepi Aiskrim

Bahan2:

1 biji telur
1 tin susu cair
Suku tin susu pekat (resepi asal 1/2 tin, sy guna suku tin pun masih manis.. so moh kite kurangkan lagi)
1 sudu kecil vanila (atau 1 tudung botol vanila tu je)
1 sudu besar ovalette (kena hati2.. cari yang halal ye)

Bahan2


Cara membuat:

1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul selama 15-20min. Adunan akan mengembang jadi macam tekstur aiskrim.
3. Asingkan ke dalam beberapa mangkuk untuk meletak perasa.

Tekstur adunan selepas dipukul 


# 1 adunan ni boleh buat 2 tupperware Walls yg warna kuning tu. Perasa ikut suka korang nak letak.
Saya buat 2 jenis aiskrim ikut tupperware Walls sebab saya selalu beli Walls maka tupperware kuning ini banyak di rumah saya. Kih3

Neapolitan:

Same tak ngan di tudung tupperware? up sikit masuk choc rice n choc chips..ngeeheee

Bahan perasa:

1. Coklat emulco (tambah chocolate rice di dalam adunan).
2. Strawberi emulco (campur pewarna pink bagi jadi warna pink cantik)
3. Rasa vanila je (tak tambah perasa atau pewarna cuma letak chocolate chips)

Cara buat:


1. Masuk perasa ke dalam mangkuk berasingan.
2. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa2 bekas.
3. Simpan beku selama at least 1 malam (atau kalau dah tak sabar mcm husband sy, dah keras jadi tekstur aiskrim tu boleh la makan)

Sebelum dan selepas bbrp jam akibat husband yg mcm budak2 itu dah mengamuk2 nak aiskrim. (-__-")

Rainbow Paddle Pop

Same tak ngan di tudung tupperware? up sikit masuk choc rice n choc chips..ngeeheee


Bahan perasa:

1. Biru tulin
2. Strawberi emulco + pewarna pink
3. Rasa vanila (tak tambah apa2..guna adunan asal tu)
4. Choc chips & choc rice


Cara buat:

1. Masuk perasa ke dalam mangkuk berasingan.
2. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa2 bekas.
3. Kacau perlahan2 hingga menjadi corak cantik.
4. Simpan beku selama at least 1 malam (atau kalau dah tak sabar mcm husband sy, dah keras jadi tekstur aiskrim tu boleh la makan).

Sebelum dan selepas bbrp jam akibat husband yg mcm budak2 itu dah mengamuk2 nak aiskrim. (-__-")
Tekstur aiskrim.

#Tekstur aiskrim ni lebih kurang je ngan aiskrim Walls tu.. rase pun lebih kurang. Sangat menjimatkan duit!
Masa yang digunakan pun singkat. Sangat recommended la pada yang suka makan aiskrim. (^__^)v

Bye. Salam.
-PjahFzah-

Monday, July 1, 2013

:: Resepi Sup Sabah ::

Salam..

Resepi Sup Sabah

Bahan2 sup:

  • Daging + tulang
  • Kunyit (ketuk)
  • Lengkuas (ketuk)
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Serbuk rempah ketumbar + ada manis (bhs Klate ni.. bhs KL ada manis ni jintan putih ke jintan manis ek? selalu kompius) - Tidak perlu digoreng
  • Serbuk rempah 4 beradik - Tidak perlu digoreng
  • Serbuk rempah ketumbar + ada manis (digoreng dahulu)
  • Serbuk rempah 4 beradik (digoreng dahulu)
  • Garam
Cara membuatnya:
  1. Rebus daging + tulang sehingga empuk/mendidih
  2. Masukkan Serbuk rempah ketumbar + ada manis (yang tak digoreng).
  3. Masukkan bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih.
  4. Masukkan Serbuk rempah 4 beradik (yang tidak digoreng).
  5. Biarkan sehingga daging empuk.
  6. Matikan api. Biarkan semalaman supaya sup lebih enak dan daging lebih empuk (tips)
  7. Keesokannya, didihkan balik sup.
  8. Masukkan Serbuk rempah 4 beradik (digoreng).
  9. Masukkan serbuk rempah ketumbar + ada manis (digoreng)
  10. Masukkan garam secukup rasa.
**serbuk digoreng terlebih dahulu untuk membangkitkan bau kepada sup supaya lebih menyelerakan.

Bahan2 Sambal Kicap:
  • Bawang putih
  • Cili
  • Kicap (saya guna kicap manis + kicap masin)
  • Jus limau nipis
Cara membuatnya:
  1. Blend bawang putih, cili dan kicap.
  2. Tambah jus limau nipis. 

Bahan2 air lada:
  • Cili
  • Cuka
  • Gula
Cara membuatnya:
  1. Blend cili dan cuka
  2. Tambah gula secukup rasa.
Hidangan:
  • bihun
  • sup sabah (daging seenaknya dicarik2)
  • sambal kicap
  • air lada (xnak pun xpe)
  • camboh aka taugeh (tidak perlu dicelur. enak dimakan dengan taugeh yang banyak sbb rangup).
  • daun sup + bawang goreng (tabur di atas. enaknya bawang goreng dibuat sendiri).



Actually nama sebenar sup sabah ni kitorang tak tahu pun..
Disebabkan makcik yang memperkenalkan sup ni berasal dari sabah.. jadi kitorang simply panggil sup sabah..
Hoho.. 
To Aimi & Ani yang mintak resepi ni.. selamat mencuba :)

Saturday, June 8, 2013

:: Roti Canai D'Bukit Bersama Menu Simple Sesimple Simplenyer ::


Assalamualaikum...

Pagi2 bangun tekak terasa nak makan roti canai + bihun soto dekat Roti Canai D'Bukit..
Dekat je ngan rumah.. setakat ni try roti canai kat Bangi ni..
D'Bukit la paling lembut..
Saya takde gambar.. jadi sila jengah blog ini:
http://kucingorengemok.blogspot.com/2012/12/roti-canai-d-bukit.html

Seperti biasa.. dari sebelum kawen, selepas kawen sampaila skang bawak perut yg buncit ni..
Yang saya order adalah sekeping roti canai biasa + 1 mangkuk bihun soto..
Roti canai makan separuh je.. pastu terus makan bihun soto..
Bile husband tanya nak dah x habis ke roti canai tu..
Terus je suh dier habiskan..
Balik perut yang ada isi dan sensitif skarang ni sangatla *seeh* (sebu)
Terus terguling2 atas lantai.. lame2 tertido terus... (-__-")

Bangun2 rasa nak masak plak..
Terus la sediakan bahan2..
Masak simple je..
Sebab baru je dapat masak balik setelah sekian lama xdapat masak akibat xtahan bau tumis..
Tapi still xboleh tahan bau org lain masak.. :'{

Menu simple hari ni adalah Ayam Masak Merah + Tumis Sayur Simple + Jus Tembikai..

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan:
Bawang merah (tumbuk)
Bawang putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Lada mesin (cili boh/cili giling)
Asam jawa
Kicap
Ayam
Serbuk kunyit
Garam
Gula

Cara2:
1. Perap ayam dengan garam + serbuk kunyit. Goreng (jangan garing sangat).
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan lada mesin/cili boh/cili giling. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan air (untuk lebih perapan, lebihkan air untuk perapan lebih kepada ayam nanti).
5. Masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan sedikit kicap.
6. Masukkan ayam dan biarkan ayam seketika supaya menyerap kuah.
7. Biarkan sehingga mendapat kepekatan kuah yang diidamkan ayam sudah cantik menyerap kuah.
8. Sedia dihidangkan. :)



Ayam Masak Merah Simple

Resepi Tumis Sayur Simple Sesimple Simplenya

Bahan:
Bawang merah (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Kobis
Sawi
Lobak
Garam

Cara2:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih (guna sikit je minyak) hingga naik bau.
2. Masuk air hingga mendidih.
3. Masukkan kobis, sawi, lobak, sedikit garam.
4. Sedia dihidang. Senang!


Tumis Sayur Simple Sesimple Simplenyer
Resepi Jus Tembikai

Bahan:
Tembikai
Sedikit gula
Air
Ais

Cara2:
1. Blend isi tembikai (letakkan sekali sedikit gula dan air).
2. Tambah ais. Sedia diminum. Refreshing!!


Jus Tembikai

Simple menu for today

Wednesday, April 10, 2013

:: Palovalova ::


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Resepi untuk dikongsi kali ini adalah Pavlova..
First time buat sendiri this month la..
Sebelum ni just tolong my sist je..
Jadi buruh kasar pukul2 telur je..
Since labmates kat FTSM UKM bagi oven as wedding present (sangat2 suka sbb mmg tgg2 sape nk bg oven as present ni)..
Dan 1st time kena tinggal ngan husband..
Kunun2 nak wat surprise la dier balik2 nak hidang pavlova..
(Coz dier kempunan pavlova after having some at my sist's house)..
Tapi surprise tersebut tak menjadi pun.. sobs sobs sobs..
Ok stop merepek2..
Here we go..

Resepi Pavlova
**Rujukan : Kak Azlita Masam Manis

4 biji putih telur (pastikan tiada telur kuning sesat walau sedikit pun)
1/2 cawan gula kastor (Resepi asal 1 cawan, Kak Azlita guna 3/4 cawan..my sist & me guna 1/2 cawan je sebab 1/2 cawan just nice tahap kemanisannya for our family)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila

Hiasan:
Strawberi
Blueberry
Kiwi
Whipping cream
-Kak Azlita guna markisa. saya tak kenal buah markisa tu ape wpun ada gambar. jadi saya tak letak. haha-

**secara basicnye, pavlova ni manis. buah2an untuk hiasan seelok2nya yang masam untuk balancekan rasanyer. jadi can choose any fruits as hiasan. nak letak marshmallow pun boleh. tp manis la kan~

Cara-cara:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan maximum hingga gebu.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan kental. Kental ni bila telur tadi jadi putih sangat2 dan kembang. Strukturnyer dah jadi lain..lebih kurang macam gula2 kapas (ye ke?).. Kalau terbalikkan mangkuk adunan, adunan takkan jatuh. Biarkan seketika.

3. Dalam bekas kecil lain, satukan cuka, esen vanila dan tepung jagung. Kacau rata hingga bahan-bahan tersebut larut.

4. Masukkan dalam adunan telur tadi dan kaup rata (guna kaedah kaup balik) menggunakan spatula.

5. Panaskan oven pada api bawah pada suhu 170C.

6. Alas loyang dengan baking paper yang telah dilukiskan bulatan. (actually ikut suka xpayah lukis pun takpe.  agak2 je nak besar mane. dan kalau xde baking paper, letak je atas loyang. tapi nnt tak cantik la bila nak potong untuk dimakan sebab melekat pada loyang)

7. Masukkan adunan pavlova tadi ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Set api bawah, suhu 100C sehingga pavlova nampak kekuningan dan keras.  (Kak Azlita guna 120C selama 1 jam.. tapi it depends on oven jugak. ada oven macam oven saya ni..sangat panas dan cepat hangit. jadi kena tunggu dan guna low temperature..bila kat bawah nampak nak hangit, naikkan loyang ke tingkat atas. pavlova saya masak xsampai 30min. hoho)

8. Keluarkan pavlova dari oven dan biarkan sejuk. (tak perlu letak dalam peti ais)

9. Pukul whipping cream dengan kelajuan maximum sehingga kental.

10. Letak atas pavlova tadi. Hiaskan dengan buah-buahan mengikut kreativiti masing2.

11. Sungguh enak dimakan begitu saja.. Letak dalam peti ais lagi best dimakan sejuk2.









nampak tak hangit sikit tu kat bawah. berpeluh2 berkejaran ngan oven yang cepat sgt panas ~_~




note:
- Kena berhati-hati ngan whipping cream sebab ia sangat sensitif. kena pastikan whipping cream tak cair sebelum dipukul (jangan letak kat peti ais bhgn bawah. letak kat freezer.) kalau cair cream tak menjadi..jadi cair je. dan tak boleh over mix.. bile kiter pukul dah kental, terus stop. nanti kalau terlebih, dia cair balik.

- kalau whipping cream tu diletak sedikit gula atau perasa agak2 best tak? sebab cream kan xde rase..jadi a bit muak.. **nanti nak cuba**

Ok..
Daa..
Assalamualaikum..