Friday, January 3, 2014

:: RESEPI LOKCHING / SATAY IKAN ::

Salam..

Lokching atau satay ikan merupakan makanan feveret saya dari kecik sampai besar..
Dulu2 selalu ada orang jual lokching dengan basikal atau motorsikal..
Sekarang dah susah dah nak jumpa..
Satu lagi saya suka berhenti kat Masjid Gua Musang kalau on the way balik ke Besut atau balik ke Bangi sebab kat masjid tu selalu ade orang jual lokching..
Sebenarnyer senang je nak buat lokching ni..
Saya kongsikan resepi di sini ye..
Resepi lokching dari Kak Idazs..



Resepi Lokching

500gm isi ikan selayang/sardin
100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
1 biji bawang besar
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk penaik

Cara2:

1. Kisar isi ikan bersama bawang besar.
2. Gaul bersama tepung ubi kayu, garam dan serbuk penaik.
3. Bulat2kan.




4. Goreng sebentar.




5. Bila nak makan, bolehla dicucuk pada lidi dan dipanggang.


panggang guna pemanggang ajaib sahaja


*nak makan goreng sahaja pun boleh
*kl lembik, boleh tambah tepung hingga xlekat di tangan
*saya xikut sukatan pun, saya suka rasa ikan banyak, jadi saya buat lembik je mengikut selera saya dan husband..

Resepi Sos Lokching (Saya punya resepi sendiri)


1 biji bawang putih (dibakar kemudian ditumbuk - menaikkan bau)
Cili kisar
Air
Gula melaka (boleh juga guna gula tapi gula melaka lagi best)
Sedikit asam jawa
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air (untuk pekatkan sos)
Pewarna merah

Cara2:

1. Bakar bawang putih. Tumbuk.
2. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan pewarna merah di dalam periuk.
3. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh hingga sedikit pekat.

*kalau nak resepi Kak Idazs, boleh la ke link di atas.

Puas hati ngan resepi lokching ni..
Sangat menjimatkan..cuma malasnya nak bulat2kan tu..haha
Hingga ketemu lagi..

Assalamualaikum...






Wednesday, January 1, 2014

:: RESEPI AYAM GORENG CRISPY & COLESLOW ::

Salam.

Selamat tahun baru semua.
Sempena tahun baru ni, harapnya saya akan rajin mengupdate blog yang bersawang ni.
Hajat di hati hari ni nak makan nasi dengan ayam goreng tepung biasa dan sayur goreng je..
Tapi terpandang plak nestum cantik dalam kabinet dapur dan daun salad lebihan nasi ayam semalam..
Terus terasa nak main campak2 bahan buat resepi ikut suka.. hihi
Jadilah menu hari ni Ayam Goreng Crispy dan Coleslow..
Alhamdulillah hubby suka..
Saya kongsikan resepi di sini..
Sape yang nak cuba, silakan.. (^_^)

Nasi bersama ayam goreng crispy dan coleslow


Resepi Ayam Goreng Crispy

Bahan2:

Ayam
Garam
Serbuk kunyit
Tepung ubi
Tepung gandum
Telur (pukul sikit)
Serbuk cili
Nestum (guna breadcrumps pun xpe)

Cara2:

1. Perap ayam bersama kesemua bahan kecuali nestum.
2. Masukkan dalam peti sejuk sebentar (supaya perapan melekat elok)
3. Panaskan minyak (guna minyak banyak - deep fry)
4. Campurkan sedikit tepung gandum, tepung ubi dan nestum.
5. Gaul ayam dengan campuran tepung gandum, tepung ubi dan nestum hingga sebati.
6. Goreng hingga masak.

Ayam Goreng Crispy


Resepi Coleslow

Bahan2:

Daun salad (potong halus)
Tomato (dadu)
Lobak (dadu)
Kobis (potong halus)
Bawang holland (dadu)
Mayonis
Lada sulah
Lada hitam
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit jus limau nipis

Cara2:

1. Gaul semua bahan.
2. Simpan dalam peti ais.


Coleslow

Mudah saja kan?
Selamat mencuba.
Aqil dah memanggil2 umminya..
Bye! 


Monday, September 2, 2013

Rainbow Cake + Cream Cheese Topping

Salam..

Sempena Merdeka dan mok pun datang Bangi bersama adik laki (nak hantar adik ke UTHM)..
Kami ambil keputusan untuk buat Mini Openhouse..
Saya ambil peluang ini untuk try buat Rainbow Kek.. belajar deko kek sekali..
Kepada kawan2 yang mintak resepi..
Ini resepi nyer ye (^_^)v

Resepi Rainbow Cake


Bahan-bahan:
430gm tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
250gm butter
340gm gula kastor
5 bj putih telur - suhu bilik
2 sdk esen vanila
375ml susu segar - suhu bilik
pewarna - merah, oren, kuning, biru, ungu, hijau

Cara-cara:
1. Sediakan loyang 8" - beberapa loyang spy cepat (saya guna 6 loyang)
2. Sapu loyang dengan butter dan alas dgn baking paper (spy tak melekat). Sapu baking paper dengan butter.
3. Panas oven pada suhu 170C.
4. Ayak tepung, baking powder, garam - ketepikan.
5. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu atau butter tukar menjadi putih. Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.\
6. Masukkan esen vanila.
7. Slowkan mixer ke kelajuan paling rendah. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar(boleh juga guna spatula buat kaedah kaup balik). Pastikan tepung berselang seli dengan susu. (mulai dengan tepung diakhiri dengan tepung juga. Tepung-susu-tepung-susu-tepung)
8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (sama banyak -> +-260gm)
9. Letak pewarna pada setiap bekas dan gaul rata.
10. Masukkan dalam loyang. Bakar satu persatu pada suhu 170C letak pada rak bawah guna api atas bawah selama 15-20min atau sehingga masak.
11. Bila sudah masak, tggu sejuk.
12. Teruskan menbakar loyang2 lain.
ps: jangan tindih2 kek. kek mudah melekat dan menjadi comot.

Resepi Cream Cheese Frosting




Bahan-bahan:
250gm cream cheese
120gm gula
120gm butter

Cara-cara:
1. Pukul semua bahan dengan mixer hingga gebu dan ringan


Cara Melapis Kek


1. Mulakan dengan 1 lapisan kek mengikut warna kesukaan.
2. Sapu sedikit cream cheese di atas lapisan kek dan ratakan. Boleh ayak serbuk coklat di atas lapisan tadi.
3. Letak lapisan kek warna lain di atas. Ulang sehingga ke lapisan terakhir.
4. Setelah lapisan terakhir, buat lapisan cream cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream disekeliling kek.
5. Hias ikut kreativiti masing2.
ps: untuk frosting, boleh tambah sedikit whipping cream untk lembut (80ml)


Tu saja. Silakan mencuba
(^_^)v

-PjahFzah @ Bakery Mekteh-

Monday, August 26, 2013

Resepi Homemade Aiskrim

Assalamualaikum..

Sorry kawan2 lambat share resepi kat Facebook..
Saya share kat blog je senang nanti nak trace balik (^_^)

Resepi Aiskrim

Bahan2:

1 biji telur
1 tin susu cair
Suku tin susu pekat (resepi asal 1/2 tin, sy guna suku tin pun masih manis.. so moh kite kurangkan lagi)
1 sudu kecil vanila (atau 1 tudung botol vanila tu je)
1 sudu besar ovalette (kena hati2.. cari yang halal ye)

Bahan2


Cara membuat:

1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul selama 15-20min. Adunan akan mengembang jadi macam tekstur aiskrim.
3. Asingkan ke dalam beberapa mangkuk untuk meletak perasa.

Tekstur adunan selepas dipukul 


# 1 adunan ni boleh buat 2 tupperware Walls yg warna kuning tu. Perasa ikut suka korang nak letak.
Saya buat 2 jenis aiskrim ikut tupperware Walls sebab saya selalu beli Walls maka tupperware kuning ini banyak di rumah saya. Kih3

Neapolitan:

Same tak ngan di tudung tupperware? up sikit masuk choc rice n choc chips..ngeeheee

Bahan perasa:

1. Coklat emulco (tambah chocolate rice di dalam adunan).
2. Strawberi emulco (campur pewarna pink bagi jadi warna pink cantik)
3. Rasa vanila je (tak tambah perasa atau pewarna cuma letak chocolate chips)

Cara buat:


1. Masuk perasa ke dalam mangkuk berasingan.
2. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa2 bekas.
3. Simpan beku selama at least 1 malam (atau kalau dah tak sabar mcm husband sy, dah keras jadi tekstur aiskrim tu boleh la makan)

Sebelum dan selepas bbrp jam akibat husband yg mcm budak2 itu dah mengamuk2 nak aiskrim. (-__-")

Rainbow Paddle Pop

Same tak ngan di tudung tupperware? up sikit masuk choc rice n choc chips..ngeeheee


Bahan perasa:

1. Biru tulin
2. Strawberi emulco + pewarna pink
3. Rasa vanila (tak tambah apa2..guna adunan asal tu)
4. Choc chips & choc rice


Cara buat:

1. Masuk perasa ke dalam mangkuk berasingan.
2. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa2 bekas.
3. Kacau perlahan2 hingga menjadi corak cantik.
4. Simpan beku selama at least 1 malam (atau kalau dah tak sabar mcm husband sy, dah keras jadi tekstur aiskrim tu boleh la makan).

Sebelum dan selepas bbrp jam akibat husband yg mcm budak2 itu dah mengamuk2 nak aiskrim. (-__-")
Tekstur aiskrim.

#Tekstur aiskrim ni lebih kurang je ngan aiskrim Walls tu.. rase pun lebih kurang. Sangat menjimatkan duit!
Masa yang digunakan pun singkat. Sangat recommended la pada yang suka makan aiskrim. (^__^)v

Bye. Salam.
-PjahFzah-

Monday, July 1, 2013

:: Resepi Sup Sabah ::

Salam..

Resepi Sup Sabah

Bahan2 sup:

  • Daging + tulang
  • Kunyit (ketuk)
  • Lengkuas (ketuk)
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Serbuk rempah ketumbar + ada manis (bhs Klate ni.. bhs KL ada manis ni jintan putih ke jintan manis ek? selalu kompius) - Tidak perlu digoreng
  • Serbuk rempah 4 beradik - Tidak perlu digoreng
  • Serbuk rempah ketumbar + ada manis (digoreng dahulu)
  • Serbuk rempah 4 beradik (digoreng dahulu)
  • Garam
Cara membuatnya:
  1. Rebus daging + tulang sehingga empuk/mendidih
  2. Masukkan Serbuk rempah ketumbar + ada manis (yang tak digoreng).
  3. Masukkan bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih.
  4. Masukkan Serbuk rempah 4 beradik (yang tidak digoreng).
  5. Biarkan sehingga daging empuk.
  6. Matikan api. Biarkan semalaman supaya sup lebih enak dan daging lebih empuk (tips)
  7. Keesokannya, didihkan balik sup.
  8. Masukkan Serbuk rempah 4 beradik (digoreng).
  9. Masukkan serbuk rempah ketumbar + ada manis (digoreng)
  10. Masukkan garam secukup rasa.
**serbuk digoreng terlebih dahulu untuk membangkitkan bau kepada sup supaya lebih menyelerakan.

Bahan2 Sambal Kicap:
  • Bawang putih
  • Cili
  • Kicap (saya guna kicap manis + kicap masin)
  • Jus limau nipis
Cara membuatnya:
  1. Blend bawang putih, cili dan kicap.
  2. Tambah jus limau nipis. 

Bahan2 air lada:
  • Cili
  • Cuka
  • Gula
Cara membuatnya:
  1. Blend cili dan cuka
  2. Tambah gula secukup rasa.
Hidangan:
  • bihun
  • sup sabah (daging seenaknya dicarik2)
  • sambal kicap
  • air lada (xnak pun xpe)
  • camboh aka taugeh (tidak perlu dicelur. enak dimakan dengan taugeh yang banyak sbb rangup).
  • daun sup + bawang goreng (tabur di atas. enaknya bawang goreng dibuat sendiri).



Actually nama sebenar sup sabah ni kitorang tak tahu pun..
Disebabkan makcik yang memperkenalkan sup ni berasal dari sabah.. jadi kitorang simply panggil sup sabah..
Hoho.. 
To Aimi & Ani yang mintak resepi ni.. selamat mencuba :)

Saturday, June 8, 2013

:: Roti Canai D'Bukit Bersama Menu Simple Sesimple Simplenyer ::


Assalamualaikum...

Pagi2 bangun tekak terasa nak makan roti canai + bihun soto dekat Roti Canai D'Bukit..
Dekat je ngan rumah.. setakat ni try roti canai kat Bangi ni..
D'Bukit la paling lembut..
Saya takde gambar.. jadi sila jengah blog ini:
http://kucingorengemok.blogspot.com/2012/12/roti-canai-d-bukit.html

Seperti biasa.. dari sebelum kawen, selepas kawen sampaila skang bawak perut yg buncit ni..
Yang saya order adalah sekeping roti canai biasa + 1 mangkuk bihun soto..
Roti canai makan separuh je.. pastu terus makan bihun soto..
Bile husband tanya nak dah x habis ke roti canai tu..
Terus je suh dier habiskan..
Balik perut yang ada isi dan sensitif skarang ni sangatla *seeh* (sebu)
Terus terguling2 atas lantai.. lame2 tertido terus... (-__-")

Bangun2 rasa nak masak plak..
Terus la sediakan bahan2..
Masak simple je..
Sebab baru je dapat masak balik setelah sekian lama xdapat masak akibat xtahan bau tumis..
Tapi still xboleh tahan bau org lain masak.. :'{

Menu simple hari ni adalah Ayam Masak Merah + Tumis Sayur Simple + Jus Tembikai..

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan:
Bawang merah (tumbuk)
Bawang putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Lada mesin (cili boh/cili giling)
Asam jawa
Kicap
Ayam
Serbuk kunyit
Garam
Gula

Cara2:
1. Perap ayam dengan garam + serbuk kunyit. Goreng (jangan garing sangat).
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan lada mesin/cili boh/cili giling. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan air (untuk lebih perapan, lebihkan air untuk perapan lebih kepada ayam nanti).
5. Masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan sedikit kicap.
6. Masukkan ayam dan biarkan ayam seketika supaya menyerap kuah.
7. Biarkan sehingga mendapat kepekatan kuah yang diidamkan ayam sudah cantik menyerap kuah.
8. Sedia dihidangkan. :)



Ayam Masak Merah Simple

Resepi Tumis Sayur Simple Sesimple Simplenya

Bahan:
Bawang merah (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Kobis
Sawi
Lobak
Garam

Cara2:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih (guna sikit je minyak) hingga naik bau.
2. Masuk air hingga mendidih.
3. Masukkan kobis, sawi, lobak, sedikit garam.
4. Sedia dihidang. Senang!


Tumis Sayur Simple Sesimple Simplenyer
Resepi Jus Tembikai

Bahan:
Tembikai
Sedikit gula
Air
Ais

Cara2:
1. Blend isi tembikai (letakkan sekali sedikit gula dan air).
2. Tambah ais. Sedia diminum. Refreshing!!


Jus Tembikai

Simple menu for today

Wednesday, April 10, 2013

:: Palovalova ::


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Resepi untuk dikongsi kali ini adalah Pavlova..
First time buat sendiri this month la..
Sebelum ni just tolong my sist je..
Jadi buruh kasar pukul2 telur je..
Since labmates kat FTSM UKM bagi oven as wedding present (sangat2 suka sbb mmg tgg2 sape nk bg oven as present ni)..
Dan 1st time kena tinggal ngan husband..
Kunun2 nak wat surprise la dier balik2 nak hidang pavlova..
(Coz dier kempunan pavlova after having some at my sist's house)..
Tapi surprise tersebut tak menjadi pun.. sobs sobs sobs..
Ok stop merepek2..
Here we go..

Resepi Pavlova
**Rujukan : Kak Azlita Masam Manis

4 biji putih telur (pastikan tiada telur kuning sesat walau sedikit pun)
1/2 cawan gula kastor (Resepi asal 1 cawan, Kak Azlita guna 3/4 cawan..my sist & me guna 1/2 cawan je sebab 1/2 cawan just nice tahap kemanisannya for our family)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila

Hiasan:
Strawberi
Blueberry
Kiwi
Whipping cream
-Kak Azlita guna markisa. saya tak kenal buah markisa tu ape wpun ada gambar. jadi saya tak letak. haha-

**secara basicnye, pavlova ni manis. buah2an untuk hiasan seelok2nya yang masam untuk balancekan rasanyer. jadi can choose any fruits as hiasan. nak letak marshmallow pun boleh. tp manis la kan~

Cara-cara:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan maximum hingga gebu.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan kental. Kental ni bila telur tadi jadi putih sangat2 dan kembang. Strukturnyer dah jadi lain..lebih kurang macam gula2 kapas (ye ke?).. Kalau terbalikkan mangkuk adunan, adunan takkan jatuh. Biarkan seketika.

3. Dalam bekas kecil lain, satukan cuka, esen vanila dan tepung jagung. Kacau rata hingga bahan-bahan tersebut larut.

4. Masukkan dalam adunan telur tadi dan kaup rata (guna kaedah kaup balik) menggunakan spatula.

5. Panaskan oven pada api bawah pada suhu 170C.

6. Alas loyang dengan baking paper yang telah dilukiskan bulatan. (actually ikut suka xpayah lukis pun takpe.  agak2 je nak besar mane. dan kalau xde baking paper, letak je atas loyang. tapi nnt tak cantik la bila nak potong untuk dimakan sebab melekat pada loyang)

7. Masukkan adunan pavlova tadi ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Set api bawah, suhu 100C sehingga pavlova nampak kekuningan dan keras.  (Kak Azlita guna 120C selama 1 jam.. tapi it depends on oven jugak. ada oven macam oven saya ni..sangat panas dan cepat hangit. jadi kena tunggu dan guna low temperature..bila kat bawah nampak nak hangit, naikkan loyang ke tingkat atas. pavlova saya masak xsampai 30min. hoho)

8. Keluarkan pavlova dari oven dan biarkan sejuk. (tak perlu letak dalam peti ais)

9. Pukul whipping cream dengan kelajuan maximum sehingga kental.

10. Letak atas pavlova tadi. Hiaskan dengan buah-buahan mengikut kreativiti masing2.

11. Sungguh enak dimakan begitu saja.. Letak dalam peti ais lagi best dimakan sejuk2.









nampak tak hangit sikit tu kat bawah. berpeluh2 berkejaran ngan oven yang cepat sgt panas ~_~




note:
- Kena berhati-hati ngan whipping cream sebab ia sangat sensitif. kena pastikan whipping cream tak cair sebelum dipukul (jangan letak kat peti ais bhgn bawah. letak kat freezer.) kalau cair cream tak menjadi..jadi cair je. dan tak boleh over mix.. bile kiter pukul dah kental, terus stop. nanti kalau terlebih, dia cair balik.

- kalau whipping cream tu diletak sedikit gula atau perasa agak2 best tak? sebab cream kan xde rase..jadi a bit muak.. **nanti nak cuba**

Ok..
Daa..
Assalamualaikum..

Sunday, December 30, 2012

Pavlova

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

First resepi untuk dikongsi adalah Pavlova..
First time buat sendiri this month la..
Sebelum ni just tolong my sist je..
Jadi buruh kasar pukul2 telur je..
Since labmates kat FTSM UKM bagi oven as wedding present (sangat2 suka sbb mmg tgg2 sape nk bg oven as present ni)..
Dan 1st time kena tinggal ngan husband..
Kunun2 nak wat surprise la dier balik2 nak hidang pavlova..
(Coz dier kempunan pavlova after having some at my sist's house)..
Tapi surprise tersebut tak menjadi pun.. sobs sobs sobs..
Ok stop merepek2..
Here we go..

Resepi Pavlova
**Rujukan : Kak Azlita Masam Manis

4 biji putih telur (pastikan tiada telur kuning sesat walau sedikit pun)
1/2 cawan gula kastor (Resepi asal 1 cawan, Kak Azlita guna 3/4 cawan..my sist & me guna 1/2 cawan je sebab 1/2 cawan just nice tahap kemanisannya for our family)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila

Hiasan:
Strawberi
Blueberry
Kiwi
Whipping cream
-Kak Azlita guna markisa. saya tak kenal buah markisa tu ape wpun ada gambar. jadi saya tak letak. haha-

**secara basicnye, pavlova ni manis. buah2an untuk hiasan seelok2nya yang masam untuk balancekan rasanyer. jadi can choose any fruits as hiasan. nak letak marshmallow pun boleh. tp manis la kan~

Cara-cara:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan maximum hingga gebu.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan kental. Kental ni bila telur tadi jadi putih sangat2 dan kembang. Strukturnyer dah jadi lain..lebih kurang macam gula2 kapas (ye ke?).. Kalau terbalikkan mangkuk adunan, adunan takkan jatuh. Biarkan seketika.

3. Dalam bekas kecil lain, satukan cuka, esen vanila dan tepung jagung. Kacau rata hingga bahan-bahan tersebut larut.

4. Masukkan dalam adunan telur tadi dan kaup rata (guna kaedah kaup balik) menggunakan spatula.

5. Panaskan oven pada api bawah pada suhu 170C.

6. Alas loyang dengan baking paper yang telah dilukiskan bulatan. (actually ikut suka xpayah lukis pun takpe.  agak2 je nak besar mane. dan kalau xde baking paper, letak je atas loyang. tapi nnt tak cantik la bila nak potong untuk dimakan sebab melekat pada loyang)

7. Masukkan adunan pavlova tadi ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Set api bawah, suhu 100C sehingga pavlova nampak kekuningan dan keras.  (Kak Azlita guna 120C selama 1 jam.. tapi it depends on oven jugak. ada oven macam oven saya ni..sangat panas dan cepat hangit. jadi kena tunggu dan guna low temperature..bila kat bawah nampak nak hangit, naikkan loyang ke tingkat atas. pavlova saya masak xsampai 30min. hoho)

8. Keluarkan pavlova dari oven dan biarkan sejuk. (tak perlu letak dalam peti ais)

9. Pukul whipping cream dengan kelajuan maximum sehingga kental.

10. Letak atas pavlova tadi. Hiaskan dengan buah-buahan mengikut kreativiti masing2.

11. Sungguh enak dimakan begitu saja.. Letak dalam peti ais lagi best dimakan sejuk2.


nampak tak hangit sikit tu kat bawah. berpeluh2 berkejaran ngan oven yang cepat sgt panas ~_~


note:
- Kena berhati-hati ngan whipping cream sebab ia sangat sensitif. kena pastikan whipping cream tak cair sebelum dipukul (jangan letak kat peti ais bhgn bawah. letak kat freezer.) kalau cair cream tak menjadi..jadi cair je. dan tak boleh over mix.. bile kiter pukul dah kental, terus stop. nanti kalau terlebih, dia cair balik.

- kalau whipping cream tu diletak sedikit gula atau perasa agak2 best tak? sebab cream kan xde rase..jadi a bit muak.. **nanti nak cuba**

Ok..
Daa..
Assalamualaikum..

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Sangat-sangat lama tak berblogging..
Blog yang lama dah (H!F@ZPH@T) dah bersawang, tetiba move ke blog baru.
Sangatlah kacang lupakan kulit kan..
Bukan apa, since sekarang dah ade rumah sendiri (rumah sewa je la...haha)..
So dah dapat dapur sendiri.. jadi tetiba bersemangat balik nak berkongsi resepi masakan..
Resepi yang di ambil dari blog masakan lain dan dicuba sendiri...
Nak cipta resepi sendiri memang tak la kan buat masa sekarang..
Baru nak berjinak2 ngan dapur la katakan..huk3x...

Blog yang lama agak bercelaru.. all in one..
Semua benda campak kat situ...
Jadi rasa agak serabut..
So we move to this new blog..
All about cooking..

"I google, I try, I share"
Kunun2 moto blog ni la kan.
Hak3x~~

Daaaa

Sampai ketemu...
Assalamualaikum....

Wednesday, June 27, 2012

:: Eleh, Politeknik Je Pun? ::

Salam..

Kali ni mood membebel.

Sentap tak ngan tajuk tu????



Berita tv3 psl kerjaya graduan & semlm terbace status seseorg..
Dier sangat sedih bila ade orang perlekehkan student2 politeknik..
Kononnya graduan politeknik susah nak dapat kerja...
Politeknik tak sehebat universiti bla bla bla..

Betul ke? **student poli mesti sentap kan?**

Nah, ni pendapat aku.
Meh aku nak membebel.

Well.. kalau nak ikut orang la kan..macam2 ragam cthnyer:

1. Saya student politeknik

-> Politeknik? Tak yah la masuk poli, t susah nak dapat kerja. Skang graduan uni pun dah berlambak, org pandang uni je la..

2. K fine, xnak la poli, masuk la Diploma 'Universiti'

-> Graduan uni skang ni ramai giler yang menganggur.. Baik masuk poli, tengok anak jiran tu, keluar je terus dapat keje.

-> Diploma la ni dah tak laku la, xde nilai. Degree pun belum menjamin masa depan.

3. Orite, diploma tak laku, kite buat Degree la

-> Kamu ade degree? ade aku kisah? Tak heran la wei..berlambak dah degree. Ade degree pun menganggur.

4. Plak dah, ok, sambung Master la bagi org xpandang rendah kat kite

-> Tak banyak la company nak ambik graduan master yg xde experience keje. Sape nak bayar gaji mahal2 sedangkan ko xde experience pun? **plak dah -___-"**

5. Ok fine. Sambung PHD. Kalau mengata lagi tak tahu lah.

-> Kamu ade PHD? xde pengalaman keje? sape nak ambik keje mek oi... sape berani ambik risiko hire bayar gaji tinggi..belum tentu blh wat keje..experience pun xdok. **menangis je la**

SEE??
Alih2..
"baik aku xyah study..duk ceruk dapur je..senang!!"
senang ke?
maafla yang, TAK SENANG!
tak kan aman jugak!
duk ceruk dapur pun org akan mengata.

Kalau duk dengar orang cakap..
Memang tak kan ke mana la kite..

Aku sendiri pun macam2 pengalaman..
SENTAP mmg SENTAP.

Ha meh aku kongsi la satu pengalaman aku..
Fresh lagi ni..
Memang sentap r..


Lokasi-> Depan pejabat pengurusan siswazah fakulti

Pak Guard: dah nak abis master ke dik?
Aku: aha
Pak Guard: dah keje?
Aku: belum
Pak Guard: pasni cr keje ke sambung?
Aku: insyaallah sambung
Pak Guard: sambung lagi? xpnah keje lagi? anak sedara pcik, ambik law, phd, dah setahun menganggur xde keje..sape nk bagi keje kt student phd bla bla bla panjang lebar dier merendah2kan graduan
 **MENDIDIH**

Aku: Hmm.. sy dah dpt offer dr ******, insyaallah pas belajar masuk keje sane..
**terus pak guard tu diam, after a minute terus mintak diri**

Ehem pcik..
Anak saudara pcik tu, mungkin rezeki dier belum sampai lagi..
Nanti dier dah dapat keje mau gaji RM10k starting..
Pcik hadooooo?????

So, nampak tak permainan manusia? 
Belajar tinggi pun slh, xbelajar tinggi pun slh..
Inilah dunia, inilah manusia.. 
Kl kite duk dgr org kate je, nk puaskn hati org mmg xkn berjaya.. 
Better kite fokus je pe yg kite nok, fokus pd cita-cita kite, persetankan pemikiran org.. 
Kat mane pun kite belajar, same je..semua atas diri sendiri nok berjaya atau gagal..rezeki plak, semua atas Usaha dan rezeki Allah. so xyah nk condemn org..


one more thing..
tak perlu nak bangga sangat kat mane kite belajar..


"Oh aku belajar kat universiti ni, universiti terbaik negara Uganda bla bla bla"
Hello, yang terhebat name uni tu je.. ko belum tentu hebat pun..
So xperlu la kot nk riak sgt ngan uni ko tu..
Tak kisah la kat mane pun kita belajar..
Politeknik ke, Kolej ke, Universiti ke, Universitas ke, Unibesiti ke..


Ha satu lagi..
Jangan pepandai nak perlekehkan bidang pengajian orang lain..
"Eh ko ambik kos tuttttt? Tak menjamin mase depan la wei.. Wat rugi je"
"Eleh ambik kos tutttt je? Langsung tak glamor"
Hello, dah itu minat dier..
Suke ati dier la..


Ape ape pun...
The most important is NIAT kita..
Untuk belajar, berjaya & mencari keredhaanNya..
Insyaallah...


K chow 
Assalamualaikum...

Sunday, June 24, 2012

:: Murtabak Megi ::

Salam...

Rajin plok nk hupdate blog lately..
**Rajin la sangat**

Straight to the point..
Nak share 1st trial Murtabak Megi by me..
Cam biase, try resepi Kak Hana..

Resepi Murtabak Megi

Bahan2:

1. Megi (sy guna Maggi Kari) - Rendam air panas then toskan.
2. Bawang holland - potong dadu
3. Lada merah - potong dadu
4. Daging kisar - goreng dgn sedikit air hingga daging masak. Masukkan sos tiram & lada sulah
5. Telur - Kak Hana guna 2 biji, i mcm biase nak lebih je kan.. I guna 4 biji..muahaha
6. Daun sup - sy xguna sbb xde :'{
7. Sedikit garam - Kak Hana xguna (sy guna sbb sy lupe nnt dah guna perencah megi... nasib baik cukup rase jadinyer..xmasin...hihi :D)

Cara2 membuatnya:

1. Pecahkan telur, pukul dengan perencah megi hingga sebati. Letak sedikit garam (optional. xyah xpe).
2. Masukkan megi yg telah direndam & ditos.
3. Masukkan daging kisar yg telag digoreng, lada merah & bawang holland & daun sup.
4. Kacau hingga sebati.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan murtabak.
7. Goreng sehingga masak.
nilah ropenyer bila campur semua bahan.. 

goreng goreng goreng

nilah rope dier bile dah masak. I buat besar. Kl nak nipis, boleh goreng 2x. Sy pemalas. haha

xgaring sgt sbb tebal..tapi sedapppp... 

Ok.. kalau nak garing & crispy, kurangkan telur (2biji pun cukup) & buat nipis je. Acuan ni boleh digoreng jd 2 murtabak. Hehe. Kl suke telur mcm saye..boleh la buat 4 telur... kl nak murtabak tu jadi bulat, cantik mcm Kak Hana buat, boleh guna nonstick pan. I xde pan tu. wuwuwuw. xpela, asal rase dier maveles.. nyummylicious! :D

Selamat mencuba! (^__^)


Monday, June 18, 2012

:: Resepi Sos Yong Tau Fu ::

Salam...

Atas permintaan ramai (ecece), dengan ini saya dengan rendah diri (mmg diriku rendah sekali)..
Ingin berkongsi resepi sos Yong Tau Fu..
Resepi ni sy ambik dari blog masakan yang paling sy suke, Kak Hana..
Tapi diubah sikit mengikut suka ati sendiri..haha

Resepi Sos Yong Tau Fu

yong tau fu yg simple..gmbr pun xbrp ok... boleh la kan...hoho


Bahan2:

1. Cili kering (kl nak buat sikit, 10 tangkai cukup. Kl nk buat byk, blh lebihkan. **sy guna lebih dr 20 tangkai..haha)

2. Belacan (Kak Hana cakap 3cm. Sy buat sesuke ati..haha)

3. Nise atau gula melaka (sesedap rasa. boleh tambah gula jugak)

4. Garam

5. Air

6. Tepung jagung (untuk pekatkan sos)

7. Kicap (untuk hitamkan sos)

8. Kacang tumbuk atau bijan (ditabur)

9. Petis udang aka otak udang (optional. sy xletak. takut jd bodoh.. haha.. org yg berpengalaman ckp kl letak petis ni, bau lebih sedap spt yg dijual di pasar malam.)

Cara2:

1. Rebus cili kering. Toskan.

2. Blend cili kering dan sedikit air.

3. Masukkan belacan, cili yang telah dikisar, air dan gula melaka ke dalam periuk. Didihkan.

4. Masukkan gula melaka, gula (jika perlu) dan garam sehingga mendidih.

5. Masukkan tepung jagung dan kicap. Siap.

6. Sedia dimakan bersama seafood. Taburkan bijan atau kacang tumbuk.

Selesai sudah! Anak2 pasti berselera spt anak2 buah ku yang makan berpinggan2 wpun sos yg mciknyer bbuat pedas. haha. Maaf ye anak2, salah cili kering tu yg pedas, bukan salah Achik Jah. haha.

Bye. Sehingga ketemu lagi di lain rancangan. Adios! (^___^)v

Sunday, April 8, 2012

:: Terkesan di Hati ::

Assalamualaikum....

"feel ur heart, see what's Allah have given to u..
to the lovely emotions...
that's comes once in awhile...
Allah love you so much pjah!"

**terkesan di hati....terima kasih..**


Ya Allah..
Jika itu yang terbaik untuk ku..
Aku belajar untuk redha..
Kerna ku tahu..
Walau sehebat mana perancangan ku..
PerancanganMu yang terbaik buat ku....
Tunjukkan ku jalan Mu Ya Allah..

**belajar meredhai setiap ketentuan Ilahi..**


Sunday, April 1, 2012

:: Bila hati berbicara ::

Assalamualaikum...

Manusia..
Suka mendambakan sesuatu..
Namun bila sesuatu yang didambakan itu hadir..
Hati gundah, xpasti untuk menerima apa yang didambakan..


Sesuatu yang kita rancang tak semestinya sama dengan rancangan dari Allah..
Tetapi yakinlah bahawa rancangan Allah itu terbaik untuk setiap hambaNya..
Dan kadangkala sesuatu yang kita tidak rancang itu mungkin akan datang dengan tiba-tiba..
Tanpa disangka.. tanpa diduga...


Betullah orang cakap..
Jangan membenci sesuatu..
Kelak kita akan diuji dengan kebencian kita itu...


Namun..
Percayalah dengan Allah..
Percaya dengan rancanganNya..
Percaya dengan ketetapanNya..
Percaya dengan qada' dan qadar Nya..


Ya Allah..
Jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu....


:: Alhamdulillah ::

Assalamualaikum...

Sudah agak lama blog ini tidak terisi dengan nukilan hati..
Agak busy dan agak membusybodykan diri kebelakangan ini..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..
Sudah menjalani viva thesis (membentangkan thesis)..
Sudah lulus dengan pembetulan..
Sekarang tengah membuat pembetulan yang diperlukan..
Syukur alhamdulillah..
Walaupun berhadapan dengan sedikit dugaan sebelum viva..
Dengan bz ngan program kolej, sangat bz minggu sebelum viva tersebut..
& pagi otw ke fakulti untuk viva session..
my kete, my Tumulak pancit...
tapi buat2 cool je.. xnak cemas..
tenangkan hati pas viva boleh uruskan tyre yg pancit..

After viva, dah dapat result..
Terus p kat kete untuk uruskan kete..
Walaupun selalu tengok org tukar tayar, & rasenyer boleh je try buat sendiri..
Tapi memandangkan dengan ayu berbaju kurungnya....
Fikir 10 kali nak buat (~_~)
Bila masuk bilik research & bgtau pasal kepancitan tyre..
Seorang kawan lelaki dengan excitednyer cakap..
"nak tolong nak tolong..sy suke tukar tyre ni"
Alhamdulillah, thanx kawan :)
...sy rase kl saye wat sendiri, nak angkat tyre pun xlarat.. berat giler (-___-)"


the pancit tyre.. thanx kawan kerana membantu

sparetyre..giler buruk!!!! kesian Tumulak! xsanggup rase nk bwk kete.. buruk -___-"

Ape2 pun.. syukur sangat2..
3 tahun buat thesis..
Berpuluh kali give up..
Tak terkira air mata luruh dek kerana thesis ini..
Akhirnyer dah viva..
Dah lepas bebanan..

Ya Allah, sangat bersyukur padaMu..
Di saat aku hampir lemah longlai..
Kamu sentiase di sisi ketika hambaMu memerlukan..
Terima kasih Ya Allah....


Wednesday, October 5, 2011

:: Nak Ambik Degree Balik. Boleyyyy?? ::

Salam..


Malam ni pergi pantau Taklimat Learning Contract untuk student 1st year...
Melihat mereka. satu persatu kenangan terimbas di minda...
Melihat mereka, secebis demi secebis ingatan bersatu..
Melihat mereka, terbayang kenangan 5 tahun dahulu..


5 tahun?
Mak aih, macam tua plak rase.
Ok bukan tua, tapi matang.
Hak3x.


Teringat masa mula2 masuk UKM.
Dapat Kolej Ungku Omar.
**serius kolej yang sangat disayangi


Sampai satu bangunan..
Aku: Ni bangunan tinggal ko?
Abang: Ni fakulti la, FST. Fakulti Sains & Teknologi
Erk?? haha sorry la dak2 FST. jgn kesok hati. wakaka


1st year. innocent.


Minggu orientasi, selalu ponteng bangun kul 4 pagi tu.
**haha junior sila jgn tiru saye.
Belajar cheers.
**sorry lupe sudah cheers KUO.
Tapi mase perang dectar sabtu lepas ade la cheers2 yang still boleh cam.


1st year. TK FTSM


Stay kat UO mase tu heaven giler..
Sebab kolej center.
P mane2 jalan kaki je.
Main ngan monyet adalah perkara biase.
Wajib. haha
**nak tau silalah bace entry2 dahulu kala.. kih3


hai kawan!
Bangun study kul 4 pagi.
P toilet basuh muka ambik wuduk kat tempat yang takde dinding.
Tepi hutan je.
Itu perkara biase.
Bukak tingkap malam2.
Tengok monyet dan anjing lepak kat pokok manggis belakang bilik.
Itu perkara biase.
Takut? xde dalam kamus.
**kalau skang suh bangun kul 4 then selak langsir tingkap rumah,
JANGAN HARAP. Takut woiiiiiii. hahahaha **


hai awak. terima kasih selalu teman study.
Tinggal bilik bila balik tiba2 barang2 yang tergantung kat tingkap xde.
Rupe2nyer diambik monyet.
Perkara biase.


Blok 8X KUO


Tengok monyet pakai tudung, pakai telekung.
Perkara biase.
Kenakan monyet dgn tunjuk makanan kat monyet.
Perkara biase.
Dah jadi riadah di petang hari dah.
Haha miss the moment.


ni lah keroje dlm lecture hall.


Balik dari fakulti, FTSM jalan kaki sampai UO maghrib2..
Itu perkara biase.
**student skang patut bersyukur sbb bas dah berlambak2. dulu mane de byk bas. belum kul 7 dah xde bas.


spot org2 mengumpat kat belakang. hahahaha


Petang2 jalan kaki dari UO ke KTHO semata2 nak beli nasi lauk tomyam murah.
Itu perkara biase.
Pagi2 p Amin semata2 nak beli nasi yang lauk yang nak same je ngan UO,
then makan kat FEP, itu perkara biase.


FTSM sentiase di hati ;P


Petang2 boring, p jalan2 tanpa hala tuju..
Turun tangga UO yang tinggi nak mampuih.
Pastu jalan sekitar pusanika atau KIY atau Burhan
Perkara biase.


bowling masuk longkang uolllsss~~


Pas kelas, tensen ngan lecturer atau lecture.
Lari g Kajang naik RapidKL semata2 nak makan KFC.
Perkara biase.
Lari ke KL Sentral semata2 nak makan The Chicken Rice Shop.
Perkara biase.
Balik dari Times Square memalam dengan beg sekolah masih dibahu, jumpa Jaksa yang tak kenal sape **sbb ketua blok kununnyer**
Itu perkara biase pernah buat sekali saje. Malu aih!


spot la sape2 yg kenal. hoho


Malam2 intai dari tingkap tunggu kete Dadih datang semata2 nak beli dadih.
Perkara biase.
Intai couple duk ngorat bermanja2 kat bawah, perkara biase.
Terpaksa tengok pastu nak muntah lihat lelaki yang tak berapa lelaki terjerit2 aww aww duk main badminton kat bawah memalam bute. Patu rase nak p lempang2 ajar suh main betul2.
Perkara biase.


Dinner UO. <3


Mase 1st year.
Kelas kat FTSM naik bas dari UO.
Tapi sampai kat Kolej Keris Mas.
Perkara biase.
**tak pasal2 makin jauh**


exam before dinner. spoil!


Mase 3rd year,
Kutip jambu kat pokok jambu belakang blok 9C.
Bertanding sape cepat ngan monyet.
Takut jambu tu dapat kat monyet dulu.
Pastu makan ramai2.
Heaven~


dah nak abis dah ni. sobsobsobs


Seronoknya hidup sebagai student degree.
Hargailah masa korang sebagai student degree ni.
Sekali je dalam hidup.
Serius kehidupan selepas degree wpun korang sambung belajar,
Adalah TAK SAMA.
Feeling dia langsung TAK SAMA.


3rd year sudah. wuuuuu


Really miss zaman degree.
Suka duka gelak tawa menjadi satu.


last exam setelah 3 tahun

pas exam, kite poye2 makan2 ye kawan2. hak3


dinner final year sudah. wuwuwu

bye2 degree. sobs sobs

RINDU RINDU RINDU
Mau ambik degree balik. BOLE?????