Wednesday, October 5, 2011

:: Nak Ambik Degree Balik. Boleyyyy?? ::

Salam..


Malam ni pergi pantau Taklimat Learning Contract untuk student 1st year...
Melihat mereka. satu persatu kenangan terimbas di minda...
Melihat mereka, secebis demi secebis ingatan bersatu..
Melihat mereka, terbayang kenangan 5 tahun dahulu..


5 tahun?
Mak aih, macam tua plak rase.
Ok bukan tua, tapi matang.
Hak3x.


Teringat masa mula2 masuk UKM.
Dapat Kolej Ungku Omar.
**serius kolej yang sangat disayangi


Sampai satu bangunan..
Aku: Ni bangunan tinggal ko?
Abang: Ni fakulti la, FST. Fakulti Sains & Teknologi
Erk?? haha sorry la dak2 FST. jgn kesok hati. wakaka


1st year. innocent.


Minggu orientasi, selalu ponteng bangun kul 4 pagi tu.
**haha junior sila jgn tiru saye.
Belajar cheers.
**sorry lupe sudah cheers KUO.
Tapi mase perang dectar sabtu lepas ade la cheers2 yang still boleh cam.


1st year. TK FTSM


Stay kat UO mase tu heaven giler..
Sebab kolej center.
P mane2 jalan kaki je.
Main ngan monyet adalah perkara biase.
Wajib. haha
**nak tau silalah bace entry2 dahulu kala.. kih3


hai kawan!
Bangun study kul 4 pagi.
P toilet basuh muka ambik wuduk kat tempat yang takde dinding.
Tepi hutan je.
Itu perkara biase.
Bukak tingkap malam2.
Tengok monyet dan anjing lepak kat pokok manggis belakang bilik.
Itu perkara biase.
Takut? xde dalam kamus.
**kalau skang suh bangun kul 4 then selak langsir tingkap rumah,
JANGAN HARAP. Takut woiiiiiii. hahahaha **


hai awak. terima kasih selalu teman study.
Tinggal bilik bila balik tiba2 barang2 yang tergantung kat tingkap xde.
Rupe2nyer diambik monyet.
Perkara biase.


Blok 8X KUO


Tengok monyet pakai tudung, pakai telekung.
Perkara biase.
Kenakan monyet dgn tunjuk makanan kat monyet.
Perkara biase.
Dah jadi riadah di petang hari dah.
Haha miss the moment.


ni lah keroje dlm lecture hall.


Balik dari fakulti, FTSM jalan kaki sampai UO maghrib2..
Itu perkara biase.
**student skang patut bersyukur sbb bas dah berlambak2. dulu mane de byk bas. belum kul 7 dah xde bas.


spot org2 mengumpat kat belakang. hahahaha


Petang2 jalan kaki dari UO ke KTHO semata2 nak beli nasi lauk tomyam murah.
Itu perkara biase.
Pagi2 p Amin semata2 nak beli nasi yang lauk yang nak same je ngan UO,
then makan kat FEP, itu perkara biase.


FTSM sentiase di hati ;P


Petang2 boring, p jalan2 tanpa hala tuju..
Turun tangga UO yang tinggi nak mampuih.
Pastu jalan sekitar pusanika atau KIY atau Burhan
Perkara biase.


bowling masuk longkang uolllsss~~


Pas kelas, tensen ngan lecturer atau lecture.
Lari g Kajang naik RapidKL semata2 nak makan KFC.
Perkara biase.
Lari ke KL Sentral semata2 nak makan The Chicken Rice Shop.
Perkara biase.
Balik dari Times Square memalam dengan beg sekolah masih dibahu, jumpa Jaksa yang tak kenal sape **sbb ketua blok kununnyer**
Itu perkara biase pernah buat sekali saje. Malu aih!


spot la sape2 yg kenal. hoho


Malam2 intai dari tingkap tunggu kete Dadih datang semata2 nak beli dadih.
Perkara biase.
Intai couple duk ngorat bermanja2 kat bawah, perkara biase.
Terpaksa tengok pastu nak muntah lihat lelaki yang tak berapa lelaki terjerit2 aww aww duk main badminton kat bawah memalam bute. Patu rase nak p lempang2 ajar suh main betul2.
Perkara biase.


Dinner UO. <3


Mase 1st year.
Kelas kat FTSM naik bas dari UO.
Tapi sampai kat Kolej Keris Mas.
Perkara biase.
**tak pasal2 makin jauh**


exam before dinner. spoil!


Mase 3rd year,
Kutip jambu kat pokok jambu belakang blok 9C.
Bertanding sape cepat ngan monyet.
Takut jambu tu dapat kat monyet dulu.
Pastu makan ramai2.
Heaven~


dah nak abis dah ni. sobsobsobs


Seronoknya hidup sebagai student degree.
Hargailah masa korang sebagai student degree ni.
Sekali je dalam hidup.
Serius kehidupan selepas degree wpun korang sambung belajar,
Adalah TAK SAMA.
Feeling dia langsung TAK SAMA.


3rd year sudah. wuuuuu


Really miss zaman degree.
Suka duka gelak tawa menjadi satu.


last exam setelah 3 tahun

pas exam, kite poye2 makan2 ye kawan2. hak3


dinner final year sudah. wuwuwu

bye2 degree. sobs sobs

RINDU RINDU RINDU
Mau ambik degree balik. BOLE?????


Saturday, October 1, 2011

:: Ikan Tenggiri Masak Masam Manis Tomyam Campur Telur Dadar ::

Salam...


Tadi kena sound ngan mok...
Sebab mintak resepi...
Adik la msg aku cakap..
"Mok ngepek ko mung. Sibuk duk masok master xsiap2."
Wakaka.
Ok la my luvly mok weh..
Anok mok ni siap doh la thesisnyo..
Hantar doh ke lecturer semua bab.
Cume tunggu lecturer check & approve utk hantar je..
Doa2 la everything ok.
Dapat hantar secepat mungkin..amiinnn


Oleh kerana kena ngepek ngan mok..
Okla mok, ore masok "simple" jah arini..


Tomyam campur + Ikan Tenggiri Masam Manis + Telur Dadar.
Hambik semoooo.
Simple is it? kah3


1st trial ni buat Masak Masam Manis.
Bismillah~~


Resepi Ikan Tenggiri Masak Masam Manis


Bahan2:


- ikan tenggiri (ikan lain pun bole)
- bawang merah (mayang)
- bawang putih (mayang)
- bawang holland (nok guna bawang besar pun boleh) (mayang)
- halia (mayang)
- tomato (dadu)
- timun (dadu)
- sos cili
- sos tomato
- sos tiram
- limau nipis
- kicap (sy guna kicap manis + kicap masin)
- gula
- garam


Cara:


1. Ikan tenggiri gaul kunyit & garam. Goreng hingga garing.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau (jgn naik bau hangit sudeeehhhh).
3. Masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang layu. (sambil nyanyi lagu Lambat Layu by Gabba Gabba).
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap masin, kicap manis secukup rasa.
5. Masukkan air, gula, garam secukup rasa. Kalau nak letak tepung jagung pun bole bagi pekat.
6. Masukkan timun dan tomato.
7. Siap. Tuang kuah ke atas ikan tadi. Nyum nyum.


Ikan Tenggiri Masak Masam Manis
resepi masak masam manis taken from: Resepi Nannie

Resepi Tomyam Campur


Bahan2:

- bawang putih (katok aka kantak aka pukul? aka tumbuk sikit)
- bawang holland (mayang)
- halia (katok aka kantak aka pukul? aka tumbuk sikit)
- tomato (potong 8/ ikut dam / ikut suke)
- serai (katok aka kantak aka pukul? aka tumbuk sikit)
- daun limau purut (carik2kan)
- limau nipis (perah)
- cili (tumbuk)
- perencah tomyam adabi (brand lain xsedap. ekeke yo yo ooo)
- kobis
- lobak
- bunga kobis (td xletak pun. xde duit nk beli. mahal. haha bole gtu? kah3
- ayam
- daging
- udang
- sotong

Cara:


1. Tumis bawang putih, bawang holland dan halia hingga naik bau. Makin garing makin best. **jgn sampai hangit sudeee
2. Masukkan tomato dan serai. Kacau2 hingga garing sikit. 
3. Masukkan perencah. Kacau lagi bagi garing2. **semua pun nak garing. jgn sampai hangit ye. kah3
4. Masuk air. Masuk daging ayam segala mak nenek binatang tuh. Hingga gelegak.
5. Masuk jus limau nipis, daun limau purut.
6. Garam dilupa jangan. Gula ikut suke la nk letak ke idok. Tanya la tekak kamu naaa.
7. Masuk cili. 
8. Masuk segala mak nenek sayur yg nak dimasukkan. Xnak letak sayur pun xpe. Hadop hal ore ganung kabo. Kah3
9. Siap doh eh~


Tomyam. Letak daun sup + bawang goreng penambah rasa.
Resepi tomyam belajar dr Mere (abg aku) **ye abg aku lg pandai masak dari aku. 


Telur Dadar


Bahan2:


- Telur
- Bawang merah (mayang)
- Bawang holland (mayang)
- Mayonis (tiru Sheila Rusly. Dap weh buh mayonis. Gebu telur dadar mak!)
- Daun sup (xnak letak pun xpe) (mayang. **mayang ke namenyer? lantaklaaaa)
- Lada merah (xnak letak pun xpe.. letak best pedas n warna warni sikit telur dadar tu. Kah3)(mayang)


Cara:


1. Pecahkan telur. (tu pun nak ajar ke? kih3)
2. Masukkan bawang merah, holland, lada merah, daun sup
3. Masukkan mayonis. 
4. Kacau telur ngan segala mak nenek tuh.
5. Goreng. Siap.


**telur dadar pun letak resepi? kah3x. layan ajo la.....~~~~


telur dadar


tada~~~


Ha. mokcik2, sape nok ambik jadi menantu?
Kah3x.


pesanan utk mok ambe:
mok weh, doh mok gop duk ajar dr kecik suh masuk dapur tulun2 mok masok.
kang ore jadi behi masok doh loni. mok xleh la nok maroh. 
lagipun kam awok2 ni royak ore ni 'meksom mude'..
meksom (mok) suke masok, ore pun jadi suko masok la.
ha nok saloh ko sapo?
Kahkahkah.


Bagi saye:
Setinggi mane pun seseorang perempuan,
Tempat bagi perempuan dilupa jangan.
Dapur. 
Banyak pahala boleh dapat dgn duk kat dapur je.




p/s: semoga sy tidak melupakan dapur. 
p/s/s: sy mmg suke masak. sebab saye suke makan. makanan pun suke saye. kami saling menyukai. haha.









Sunday, September 25, 2011

:: Jom Beli! Kami Tuan Boutique Kembali ::

Salam...

Kepada semua yang suka bershopping..
Meh sini dekat2..
Kawe nok bgtau ni..
Kami Tuan Boutique   dah kembali.
So meh la jangan malu jangan segan..
Jenguk2 disini..
Sangat murah dan chanteq ok.

Ada dress

Dania Dress RM 35

Ade kemeja

Haikal RM 30



Ade jugak extender

Pahmina Aleesya RM 15
Kemeja Haikal RM 30
Extender Que Rm 25

Ade pashmina

Pashmina Aleesya RM 15


Ade Inner neck

Inner Neck Irfan RM 10

Ade brooch anting2

Anting-anting Calisya RM 5

Selain itu, ade jugak untuk preorder.

RM 30

RM 35

RM 30

Rujuk di sini:


Jom Shopping! (^___^)v

:: Wake up call ::




Jika kau bukakan mata..
Kau akan nampak segalanya..
Namun..
Mana mungkin kau bukakan mata...


:: Percaya pada ketentuan Ilahi ::

Friday, September 23, 2011

:: IKHLAS ::


Cinta yang ikhlas..

Apabila melihat dia gembira,
Diri akan senyum dengan kebahagiaannya.
Mendoakan yang terbaik untuk dirinya, 
Walau dengan hati yang menangis hiba....


Ya Allah 
Jika dia bukan milikku
Damaikan hatiku dengan ketentuanMu.


Wednesday, September 21, 2011

:: Resepi Laksa Penang ::

Salam..

Dah lama x update kan? Hoho
Ni pun update sebab tadi pas upload gambar laksa penang (menu lunch arini..1st trial buat)..
De orang mintak resepi..
So bagi kat cni la senang :D

Ok..
Straight to the point, kite mulakan resepi Laksa Penang ye..

Resepi Laksa Penang

Bahan2:

Ikan selayang (aka ikan sardin kot)
Bawang merah (kalau nak pekat letak byk ulas)
Bawang putih (1 ulas je)
Asam gelugor (asam keping - letak banyak kasi masam..nyum nyum)
Bunga kantan
Daun kesum
Sedikit belacan
Lada kering
Sedikit gula melaka
Gula
Garam
Laksa

Bahan ulam

Bawang holland (leh jugak guna bawang besar..sy suke bawang holland sbb wangi)
Lada merah
Salad
Timun
Limau nipis (atau kasturi)
Telur rebus

Cara-cara:

1. Rebus ikan. Bila dah masak, buang tulang dan tumbuk.
2. Rebus lada kering, then toskan, pastu blend halus.
3. Mesin bawang putih n bawang merah. 
#nak blendkan sekali bawang putih, bawang merah & lada kering pun boleh
4. Masukkan ikan yang dah ditumbuk, bawang yang dah diblend, lada yg dah diblend, asam keping, belacan dan air. Masak sampai mendidih.
5. Masukkan garam, gula dan gula melaka.
6. Bila dah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
7. Tada, siap. Senang nyer! Kelas kau jah. hoho

Tada... boleh makan sudah! (^___^)v

ulam and kuah yang dah siap

gni lah rupenyer...sy budak baru belajar..huhu

Ok la...
Tu je nak update pun..
Hahaha...
Kbai.
Salam..............
Selamat mencuba :'}



Thursday, August 18, 2011

:: TUMULAK ::

Salam..

Cerita ini sudah basi sebenarnya...
Namun dek kerana kesibukan menyiapkan thesis..
Maka cerita ini diperam menjadi jeruk...
Hehehe

Ok...
Berdirinya saya di sini (yucks! skema)

Ok2..
Sebenarnyer..
Just nak introduce my love.
Named Tumulak.
Who's Tumulak?
Nak kenal ke?
Tak yah la..
Kang nnt kl i tunjuk kang ade yg nak tergoda dengan kehenseman dier..
Jeles i tau!
**sila muntah di atas kegedikan itu

Ceritanya bermula di awal Julai.. **kan dah cakap tadi basi giler dah cite ni..haha
Saya msg seorang kenalan yg baru dikenali di Pesta Pantai Bukit Keluang sebulan before tu..
Saya msg dier bgtau saya berkenan ngan kawan dier..
Saya nak memiliki kawan dier tu **bapak xtau malu kan? eiii pompuan jenis ape ni.
Then bermula lah proses mengorat. 
Everything goes smooth.
Perfectooooo la.
Sampainya everything dah nak settle..aku duk mengorat via phone n emel ja..
Kenalan tu nak bawak Tumulak ke Bangi sebenarnyer utk berjumpa ngan aku..
Namun aku bgtau aku dah nak balik kg.. so jumpa kat kg je..

Bila dah kat kg..
Aku p jumpa orang tua Tumulak. **giler la kan?
Buat apa yang patut..
Masa tu Tumulak xde.. Tumulak kat Kuantan..
2,3 hari barulah kenalan tu p ambik Tumulak kat Kuantan..
Petang 26/7 tu.. Tumulak sampai kat rumah...
Ya Allah... tergoda nya hati ini melihat ketampanan Tumulak..
Bukan aku je.. adik bongsu aku si Amer turut terkedu terpegun ngan ketampanan Tumulak..
Akhirnya Tumulak menjadi milik aku..
So in loveeee <3
Nak kenal Tumulak aku x?
Ok sila lihat di bawah~~





ni la dier. ohhhh melting. haha





ok. ni sbnrnyer tumulak aku. stylo x i? :P




look at me look at me




eh dier plak yang lebih2



Yezza... itula my Tumulak..
Encem x?
Time ni Satria Neo CPS ni baru sampai dari Kuantan..
Takde no plat lagi sebab belum g daftar..
Masa ni belum bagi nama lagi..
Sebenarnyer mmg tak bagitau sape2 nak beli kete ni..
Just bagitau akak yg 3rd ngan adik 7th iaitu si @Gee..
Mak, ayah semua siblings yg lain mmg xtau..
Sampai la nak blk kg baru bgtau abg 4th yg duk kat Bangi gak..
Terpaksa bgtau sebab nak minta dier bawakkan kete ni nnt nak balik Bangi..
ahaha.. xkenal jalan sei.. plus mak mmg xbagi la p sorg2..

Masa kete dah nak dihantar ke rumah..barulah aku bgtau mak aku..
Yela biasenyer petang mak ayah aku xde kat rumah..
Nanti aku sorang2 kat rumah..
Tak manis la kan kl laki datang.. kan ade nak sign ape2 kn xkn aku ngan salesman tu je yg ade dlm rumah kn?
So terpaksa la bagitau mak..
Tapi mak dah agak pun sebenarnyer..naluri ibu kan..
Adik bongsu aku si Amer tu plak..
Aku just bagitau de surprise..
Dier mmg x syak lgsg psl kete..
Sampaila kete sampai mmg muke dier terkedu..
Haahaha kelakar je..
Pastu sibuk duk "comei comei.."

Dan kebetulan plak..
Yang salesman tu bwk dier nyer isteri..
Sekali isteri dier tu org kg aku je dan ayah dier adlah sedara mara mak aku jugak..
Alahai keciknyer dunia..
Terpaksala aku mintak free gift byk2 lagi sbb sedara kan?
Hahaha..
GPS pun aku dapat tau..
GPS Proton..just tambah 200 je..
Hihihi seronok bagi org yg selalu sesat mcm aku ni..
Wakakaaka

Actually dah bertahun2 menyimpan perasaan terhadap Neo CPS ni...
Cuma tak berani nak beli..ye la student kan..huhu
Skang je baru yakin nak beli...
Dan sempena befday jugak sebenarnyer...
Aku suka appreciate diri aku dengan bagi hadiah kat diri sendiri..
Because for me..
"Appreciate myself before i appreciate others"
Tu pegangan aku..
Aku selalunya akan letak target utk diri aku sendiri..
Dan Neo ni hadiah untuk befday tahun ni..
Tahun depan xtau lagi..
Konvo master + Nikon D90 mayb :'}

Ok..
Pasal no plat plak..
Huiii panjang ceritanya..
At first aku nak guna no plate kete ayah aku dulu..
W* 603.. kete ni byk bg kenangan kat kitorang..
Tapi xdapat sebab kete dah lupus..
Tak dapat nak tukar nama...
Ok fine..
Pastu nak guna W*P 1887...
P for Pjah.. W for kete ayah tu.. 1887 birthdate..
Tak dapat jugak sebab dah lepas..
So kecewa la...
Pastu nak kena pilih plak nak no Kelantan atau Terengganu..
Salesman tu bgtau la nnt dier akan pilih no cantik2..
No kapit (ape ye dlm bahasa Malaysia formal? cth 8778) 

Then bile jumpe dier, dier tanya.. aku nak no befday aku kan..
So dier suggestkan beberapa no la..
8718, 8178, 1887..
Dan dier akan belanja bayaran no plate tu..
Pastu pilih la antara Terengganu (TBD - Tarikh birth date kawan aku kata) dan Kelantan.
Last2 aku pilih Klate..
Debew 8718.
So aku bagi name Tumulak sebab dier debew.
Tumulak kan debew..org siam..
Sesuai la ngan Debew 8718 itu..




debew x i? debew means gengster, hebat so on





kl Gee ambik gambar mesti jadi ketot..xpaham aku dier ni.xdok seni lgsg -___-"




tgk aku ambik gmbr dier chantek je. huh




Alhamdulillah..syukur sangat dah dapat kereta idaman..
Sebab lain beli kete ni sebelum puasa adalah utk senang nak p fakulti..
Tak larat nak naik bukit setiap hari..huhu


Ha, last weekend p photoshoot la kunun ngan my best fren forever..
Hehe..
Neo vs Myvi vs Viva
Tumulak vs **xbagi name** vs orange




BFF




sape paling encem??






we are best frens since matrix. KMPh :D





Syera Pjah Ma


Okla... tu je nak story pasal Tumulak..
Bye...
Salam ramadhan..
Selamat Hari Raya :'}


p/s: sesape nak beli kete Proton, bagitau aku.. t aku rekomen salesman ni..dier sgt ok dan cepat. proses aku pun dalam 2 minggu je.. dier boleh hntrkn kete sampai KL pun. so contact i ye kl nak beli kete. eh jd salesgirl plak..haha