Friday, May 20, 2011

- Setahun sorang kawen. -

Salam.


‎-My supervisor called me yesterday-

Dr: Fiza, kl kite jumpe isnin blh? esok saye ade supervison from morning till evening.
Aku: Saye balik kg Dr minggu depan. Abg kawen.
Dr: Fiza ade berapa abang ni? Aritu abang dah kawen kan.
Aku: Setahun sorg kawen Dr.
Dr: Fiza biler plak nak kawen.
Aku: Saye tahun depan Dr. haha
Dr: Wah. Bagus2



~~suke2 ati aku jawab ngan yakin nyer kat Dr. 
Udah terbiase bergurau2 ngan Dr ni. 
kl jumpe Dr ni pun dier salu tny aku "Fiza xbalik kg ke?" 
"Fiza x pegi bercuti ke?" "Fiza dah de calon? Kl x de saye carikan nak?" 
phewwww ~~




Tapi memang setahun sorang pun.
Start dari akak 3rd aku.
Tahun 2009 akak 3rd aku kawen.
2010 abang aku, iwe kawen.
Then this year, 2011..
Abang aku mere kawen.
Setiap tahun mak aku dapat menantu.
Setiap tahun de kenduri kat umah.


Sampaikan mak da buat 'pengkalan kubor' kat umah tu.
Mak buat satu bilik khas hanya nak letak barang2 kenduri..
Seperti periuk belanga n sebagainyer.
Dier panggil 'pengkalan kubor' sbb byk sgt periuk belanga mcm jual kat pengkalan kubor.
Sabo je la mok ni.
Suke wat lawak.


Lepas ni mak blh berehat kot setahun 2.
Lambat lagi aku nak kawen.
Byk lagi impian belum tercapai.
Hehe.
Tapi kl dah jodoh sampai xleh la nak elak kan?
(^__^)


Ok la.
Xleh tulis byk2.
Dah nak naik bas balik Besut.
Wish me luck :D



Wednesday, May 18, 2011

- If you're done with embarrassing me -

Salam..



if you're done with embarrassing me 
On your own you can go ahead tell them 


Tell them all I know now 
Shout it from the roof tops 
Write it on the sky line 
All we had is gone now 

Tell them I was happy 
And my heart is broken 
All my scars are open 



nota kaki: tangan gatal nak mengedit.



Sunday, May 15, 2011

- Selamat Hari Guru buat Mok Yang Pernah Cili Mulut ku -

Salam..


Di kesempatan ini..
Saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU..
Kepada semua guru2 di Malaysia..
Terutama guru2 yang pernah mengajar saya..


Paling utama sekali untuk mok n ayoh saye..
Che Engku Yah & Tuan Zakaria..
Walaupun mereka bukan guru di sekolah..
Tapi mereka mendidik dari saat saya dilahirkan ke dunia yang fana ini..
Mereka guru terbaik saya...


Tak malu untuk mengaku saya sangat nakal di waktu kecik..
Saya pernah kena cili mulut ngan mok sbb lawan cakap mok..
Pernah kna bedal ngan tali timba ngan ayoh sbb xnak p sekolah..


Saya mengaku saya mmg sedikit derhaka masa kecik2 dulu..
Tapi Alhamdulillah berkat usaha mok ayoh yang x pernah putus asa..
Skang saya adalah anak yg sangat mendengar kata mok ayoh..
**haha dan lagi koya semeta..kerh kerh kerh**






Skang saye jadi kawan baik mok..
Selalu jugaklah mok mengadu kl x puas hati ngan adik beradik lain..
**dengan erti kata lain, nk tegur org lain tapi cakap kt saye.. sbb tu kot sy jadi baik..hahaha**


Mok, ayoh.. saya sayang mok ayoh.
Sangat2 walaupun mungkin saye tak luahkan,,
:'}
**sedih la plok T__T**


Juga nak ucap SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yang pernah mengajar saye..
Bermula di Tadika RAKR Pengkalan Nyireh.
Cikgu Dah.. ingat lagi nama itu..
Terima kasih cikgu.
Ajar saye ABC. A untuk ayam B untuk burung C untuk cicak.


Then Cikgu2 Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh (SKPN)..
Cikgu Khairul Anwar Zamani **perghhh ingat nama penuh. heh :'}
Cikgu mase darjah 3.
Cikgu Amri..ajar matematik.
Sokmo kna berdiri untuk ujian sifir.
Sape dapat jawab sifir baru dapat duduk.
Terima kasih sebab cikgu2 saye berjaya dalam ujian Penilaian Tahap Satu.
Yang membawa saye trus ke Darjah 5 tanpa melalui darjah 4.
So sweet memory :)


Cikgu Amri & Ciku Khairul Anwar






Cikgu Yuhaini Che Kob..
Cikgu Bahasa Melayu dari darjah 5 - 6.
Cikgu Wan Zuhairi cikgu Math..
Ingat lagi mase mula2 masuk Darjah 5 markah sangat teruk sbb xbelajar math darjah 4..
Cikgu Zuhairi ajar dengan sangat best hingga Math mmg feveret subjek n dapat skor..
Cikgu Wan Sufian cikgu Sains..
& Sir Wan Omar Wan Hassan cikgu English..


Sekolah menengah..
Terima kasih cikgu2 SMK Tengku Mahmud..
Cikgu Che Dah, Cikgu Azmi, 
Ustaz Azmi yang suka soal dalam klas, 
Cikgu Norsita yang ramai org cakap garang tapi ngan kitorg xgarang pun..
Cikgu Wan Elah yang sangat best..
Kl de ambulans lalu..
Cikgu akan cakap "org sakit gigi"
dan semua cikgu la..


Then, lecturers kat Kolej Matrikulasi Pahang..
Dan semua lecturer kat Universiti Kebangsaan Malaysia..
Terima kasih semua yang telah mendidik saye...


Tidak lupa juga kepada kak2 ipar saya..
Kak Noor & Kak Anis..oh mayb leh panggil Cikgu Noor & Cikgu Anis :D


Kepada kawan2 yang jadi Cikgu..
Cikgu Nana, Cikgu Yati, Cikgu Una, Cikgu Kak Long (Shaliha).. & Cik Syikin (Naa Aziz)
Yang bakal jadi cikgu..
Cikgu Anun, Cikgu Amalina, Cikgu Wani..
Selamat Hari Guru semua :D


Untuk semua..
SELAMAT HARI GURU..
Doakan saya juga dapat masuk bidang akademik..
Walaupun bukan dengan gelaran  'Cikgu' :'}


Lastly..dedicate this song for all teachers out there. (^__^)



Selamat Hari Guru!~

Wednesday, May 11, 2011

- Lets Stalking -

Salam..



Ha korang mesti pernah stalk profile sape2 kat FB kan?
Tipu la kl jawab x.
Kalau musuh korang pun korang stalk jugak kan dier nyer profile?
Hahaha adat hidup la tu kan.

Kite nyer profile pun semestinyer ade org stalk.
So utk bagitau stalker tu to stop her/his activity..
U all can sing this song:



Jom balas membalas stalking~
Kerh kerh kerh~

Monday, May 9, 2011

- Shontelle Impossible -

I remember years ago 
Someone told me I should take 
Caution when it comes to love 
I did, I did

And you were strong and I was not 
My illusion, my mistake 
I was careless, I forgot 
I did 

And now when all is done 
There is nothing to say 
You have gone and so effortlessly 
You have won 
You can go ahead tell them 

Tell them all I know now 
Shout it from the roof tops 
Write it on the sky line 
All we had is gone now 

Tell them I was happy 
And my heart is broken 
All my scars are open 
Tell them what I hoped would be 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible 

Falling out of love is hard 
Falling for betrayal is worst 
Broken trust and broken hearts 
I know, I know

Thinking all you need is there 
Building faith on love and words 
Empty promises will wear 
I know, I know

And now when all is gone 
There is nothing to say 
And if you're done with embarrassing me 
On your own you can go ahead tell them 


Tell them all I know now 
Shout it from the roof tops 
Write it on the sky line 
All we had is gone now 

Tell them I was happy 
And my heart is broken 
All my scars are open 
Tell them what I hoped would be 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible! 
Ooh impossible (yeah yeah) 

I remember years ago 
Someone told me I should take 
Caution when it comes to love 
I did 

Tell them all I know now 
Shout it from the roof tops 
Write it on the sky line 
All we had is gone now 

Tell them I was happy 
And my heart is broken 
All my scars are open 
Tell them what I hoped would be 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible 
Impossible, impossible 

I remember years ago 
Someone told me I should take 
Caution when it comes to love 
I did





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

suke sangat lagu ni.
that is so IMPOSSIBLE.............
:(

Friday, May 6, 2011

- Lets Go Chopping Chopping. Must see! Terbaekk la Video Ni -

Salam..


Tak nak cakap pe2 dulu..
Korang tengok video ni dulu ye.
Sure yang mane ngantok tu leh segar..
Hahaha





Lets go chopping chopping?
Apekah?


Dop pahang starang lirik mende ye nyanyi..
Nok kato siam po buke..
Nok kato english pun buke.
Leweh molek la.
Adessssssssss.
Tapi seyes nk tau pe lirik sebenarnyer.
Ulang berkali2 tapi mmg xpaham -___-"


Pastu bace komen2 kat bawah tu..
So dapat satu link ni..
Dorg cakap lagu ni tiru lagu Welcome to Thailand..
So try la tgk video ni plak..
Kot2 la blh paham..





hmm.. tak paham jugak.. -___-"
Lets go chopping2 jugak -___-"






p/s:  kl korang dpt tangkap lirik dier.. blh share ye.. :D


p/s/s update: pas tengok kali kedua.. ok got the lyric.





- Resepi Tom Yam untuk Wiyah -

Salam.


As requested by my fren, Wiyah.
Dulu2 masa duk umah sewa sesame..kitorg suke wat tom yam ni utksteamboat.
Haha rindu giler time tu. :'{




Bahan2:


Ayam
Bawang besar (holland) - mayang
Lada merah - potong
Halia
Bawang putih - tumbuk
Asam jawa
Serai
Belacan
Daun limau purut
Garam
Gula
Tomato


Cara2:


1. Goreng bawang holand dan lada merah hingga lembik.
2. Tumbuk bawang holland n lada merah yang dah dimasak.
3. Tumis bawang putih, tomato, halia, belacan hingga naik bau.
4. Masukkan air.
5. Masukkan bawang holland n lada merah yang dah ditumbuk.
6. Masuk bahan2 lain.




p/s: sorry aku baru balik dr fak & terkejar2 masak. sorry lambat. selamat mencuba. :)

Wednesday, May 4, 2011

- Perang Dah Tamat ~ Malique & Rabbani -

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.






----------------------------------------------------------------------------------------


Best song n lyric ever.
So meaningful.
Hayati lirik lagu ini.
Sama2 doakan kesejahteraan bersama.
Peace no war!!!


"Piagam Madinah dihidup dan dijana.."
Sape masih ingat piagam madinah ni?


"Jangan buka mata realitinya sungguh berbeza.. "
T___T
Cube hayati lirik ni sambil tutup mata dan bayangkan sepeti lirik..
Dunia yang aman tanpa persengketaan...


"Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat"


tak sempat dah...
tapi xtau la btl ke x Osama dah mati..
Atau sebenarnyer Osama tu wujud ke x?
Atau hanya watak rekaan semata2..

"Perang dah tamat..
Maaf bukan cerita sebenar.."
sedih ngguh :'{

p/s: this is the reason i like malique so much. so talent & creative. :'}

Monday, May 2, 2011

~ Kenapa Perempuan Tak Pandai Masak? ~

Salam..

Perempuan sekarang makin ramai yang pandai masak ke makin tak pandai masak ek?
Ade yang kate ramai yang xpandai masak sebab selalu makan kat luar..
Ade yang cakap ramai pandai masak sebab senang nak dapat resepi..
Mane satu yang betul ni??

Ok.. ni pendapat aku kenapa perempuan tak pandai memasak.

1. Sekolah asrama

Sekarang perempuan ramai yang mengejar pendidikan.
Tidak lagi di takuk lama iaitu perempuan tempatnya di dapur je.
Ke ade lagi camtu?
Korang ade lagi ke yg fikir camtu?
Aku konpem dah xde fikir kolot camtu.

Seawal 13 tahun kebanyakan kanak2 dah masuk asrama.
Makanan kantin yang sediakan.
Tak yah nak tolong masak ke. Tolong kupas bawang ke.
Melainkan korang menjadi mangsa buli.
Maka nya, mane lah ade kesempatan nak belajar masak kan?
Tak kan tetibe lari dari prep p kantin..

Minah: Makcik, saye nak tolong makcik masak boleh x?
Makcik Kantin : Buang tebiat ke?

Time ni mesti fikir..
"Ala mude lagi..t mesti ade peluang nak belajar masak! Yakin boleh!"
Tercapaikah impian itu?
Meh kite lihat kisah hidup Minah selepas ini~~

minah memang nerd mase sekolah. 


2. Pas SPM, eh masuk matrix plak 

Alhamdulillah after dapat result SPM yang agak ok la..
Minah berjaya menjejakkan kaki ke kolej matrikulasi..
Gembira bukan kepalang la Minah ni.
Ye la, cikgu cakap kalau dapat masuk matrix, sebelah kaki dah kt 'u'.

Macam mana plak ngan impian nak belajar masak Minah tu?

Duk kolej maknanya duk asrama la kan.
Nak masak?
Mestilah xdapat.
Nak guna alat elektrik pun setakat iron baju je dapat.
Itu pun guna senyap2.
Pasang laptop pun trus black out satu blok x cukup tenaga.
Nak masak apatah lagi.
Mau siren kebakaran terus berbunyi if masak dalam bilik.
Terkubur lagi impian Minah.
Jadi salah siapa Minah x pandai masak?
Minah kah yang bersalah atau institusi pendidikan negara yang x benarkan student masak?
Jadi bila plak Minah dapat belajar masak ni?
"Pas matrik ni mesti aku dapat belajar masak" getus hati kecil Minah

mase kat matrik.. suke betul Minah ni tido.


3. Alhamdulillah dapat masuk U.

Setelah bertungkus lumus belajar kat matrix, dapatlah Minah masuk U.
Berkobar2 Minah nak belajar masak.
Ye la, fikirnyer U ni tempat berdikari.
Mesti dier dapat masak.

Tetapi sayang seribu kali sayang..
Harapan untuk belajar memasak terkubur begitu saja.
Bukan kerana makcik kafe xnak ajar masak..
Tapi kerana polisi U student xleh masak dalam bilik.
Waima dalam blok sekalipun.
3 tahun kat dalam U..
Harapan Minah musnah lagi.
Hanya kerna U xbenarkan aktiviti masak memasak dalam blok.

"Xpe.. nnt aku keluar dari U siaplah aku belajar trus pandai kalahkan Chef Wan!" getus Minah lagi.

kat U baru leh pegang lappy.

4. Akhirnyer.. sudah bekerja

Setelah berhempas pulas pecah kepala belajar, akhirnyer Minah berjaya mendapat kerja idamannya.
Belajar memasak?
Bangun pagi, pukul 6 dah kena bertolak pergi keje.
Dah kena berhimpit di dalam komuter.
Nak masak untuk breakfast?
Mane sempat bhai!
Nasi lemak Makcik Senah je la peneman.
RM 1 je pun. 
Tak terjejas pun gaji Minah.

Belajar masak time balik keje?
Balik keje kul 5, kul 8 baru sampai kat rumah.
Duk bersesak2 lagi dalam train..
Pastu nak naik bas lagi..
Nak masak?
Penat la awok. Fikir nak tdo je ni.
Last2, Minah beli nasi goreng pataya kat kedai Pak Man Telo kat bawah apartment je.
Senang.
Balik makan, mandi solat semua, then tido.
Berulang la selama 5 hari seminggu.

"Belajar masak weekend la. Mesti xde buat ape2" bermonolog Minah di awal kejenya.

keje..dah matured dah Minah ni
5. Weekend

Minah: Eh, nak wat pe ek esok? **jumaat malam**
Sipoh : Jom p Midvalley.. de sale la.
Minah: Ha, jom2.

Begitulah minggu2 seterusnye.
Asyik keluar je..
Ye la, tak keluar kang boring plak duk umah. 

Masak?
Impian menjadi angan2 je la.
Bukan kata masak, pegang sudip pun xreti.
Periuk ngan kuali pun xleh beza.

kawan2 Minah. Jenab, Milah, Leman, Sameon.


Pas 2 tahun keje..
Akhirnyer jodoh Minah sampai.
Kahwin la Minah dengan Usop.
Barulah terhegeh2 Minah nak pegang sudip, nak bezakan kuali dengan periuk.
Kunyit, halia dan lengkuas.. tak usah cakap la.
Nasib tak tertukar dengan bawang putih je.
Kalau tak, lagi haru.
Bila Usop membebel..alasan Minah senang je..

"I masuk asrama dari kecik tau. Mane sempat nak belajar. Bukan salah I xpandai masak."

Minah ngan Usop. encem Usop walaupun name klasik.
Dun judge a book by its cover wokeeyyy~~

Jadi.. adakah salah Minah tak pandai memasak?
Atau salah institusi pendidikan yang tak benarkan pelajar memasak?
Apakah solution yang boleh diambil?
**macam soalan esei SPM plak **

Bukan nak salahkan institusi pendidikan la..
Tapi kan..
Kenapa ye student tak digalak masak?
Aku rase lagi better kl kat U boleh masak.
Sebab time ni, student paling banyak habiskan masa di U berbanding di rumah.
Jadi U adalah tempat terbaik untuk galak student masak.
Biar mereka belajar memasak sesame mereka.
Mesti nyer dorang suke masak.. yela nak jimat kan?
Ke student skang dah kaye?
Ape barang masak, order Pizza delivery la.
Baru style!

Adakah alasan Minah tak pandai masak sebab dari kecik duk asrama tu boleh diterima?
Oh tidak sama sekali.
Minah tidak boleh memberikan alasan seperti itu.
Kerna walaupun duk asrama dari kecik..
Bukankah sekolah sentiase ade cuti?
Dan bukankah Minah ade family?
Tak kan dari kecik sampai besar tak pernah masuk dapur?
Tak pernah tolong mak masak?
Mesti pernah kan?
Melainkan Minah seorang yang pemalas.

Kesimpulannya.. tiada siapa yang tak pandai memasak.
Yang menjadi persoalan adalah rajin ngan malas je.
Korang rajin tak untuk mencuba masak.
Atau malas.. fikir tangan kotor, bau busuk, kaedai lagi senang?
At least tau pegang sudip, kenal mane periuk mane kuali..
Tau bezakan kunyit, lengkuas dan halia..
Kenal bawang putih, bawang merah.
Tu dah ok dah. Tau basic dah ok.

Tak reti masak?
Buka je Pakcik Google..
Tanya je Pakcik Google..
Nak masak pe?
Goreng telur dadar?
Pakcik Google boleh ajar la kl dah xde sumber sangat.
Pergi je kat www.google.com
Pastu taip 'telur dadar' mesti kuar nyer resepi.
Pastu try je la.

So cmner?
Kenapa perempuan tak pandai masak?
Renung2kan dan selamat beramal..

p/s: same goes to lelaki. lelaki jangan nak lari plak. anda pun same je konsep nyer.

p/s/s: sape setuju dengan pendapat Pjah, sila angkat tangan macam saye - ujar Usop