Saturday, January 8, 2011

:: Saya Bukan Pembela Fatin Liyana. Bukan Juga Pembela Yuna. Saya Juga Tidak Sempurna. Namun tak salah berkongsi kan? ::


Salam.


Tadi duk blogwalking ternampak la satu isu panas.
Tak nak komen ape2.. just nak share satu entry best pasal budaya tegur menegur.
Atau lebih kepada Adab tegur menegur di dalam Islam.
Untuk renungan semua. Termasuk Cik Hifaz sendiri.
**Cik Hifaz bukan nak menegur tuan blog ye. Ini nasihat untuk semua. General termasuk nasihat kepada diri sendiri yang tidak sempurna**



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merobah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang da`ei itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.


Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Memberi teguran kepada sesama Islam adalah perkara yang baik.
Banyak pahala yang akan dapat.
Tapi dalam Islam, kita tidak boleh membuka aib orang lain.
Itu berdosa.
Jika nak menegur secara general, jangan sebut nama orang.
Itu bermaksud menuding jari kepada orang itu.
Itu bermaksud mengaibkan orang itu.
Jika betul2 ikhlas untuk menegur seseorang itu, PM dier.
Tegur secara berhemah.
Insyaallah anda akan lebih dihormati & diberikan ganjaran besar oleh Allah.
Amiiin...


Cik Hifaz: Renung2kan dan selamat beramal (^_^)v. Kepada tuan blog tersebut, thank kaseh atas teguran itu. Yang baik Insyaallah Cik Hifaz akan ambik. :)


----> suke ke Forum Digital Mukmin. Ilmu agama dan ilmu fotografi digabungkan dalam satu forum. :D 

13 comments:

  1. akak baca dua hari yg lalu..terkesima gaklah..huhu..simpati kat fl..
    eh..akak minat shawl tau :-)

    ReplyDelete
  2. ituler psl..terkejut bace. knaper nak slhkn shawls. shawls tu boleh je nak pakai panjang pn. boleh je pakai tutup dada.

    p/s: ye sy tau kak su. sy pun terlebih minat ngan shawls. haha

    ReplyDelete
  3. er...takpaham ler.. xplain plz

    ReplyDelete
  4. keh3x.. investigate sendiri la ye :P

    ReplyDelete
  5. suke3
    bgs ade bukti
    kite bkn perfect tp takkan la nk tegor smpai canang gamba bia satu dunia tgk
    malu la kan
    ke die nk naikkn trafik die?
    macam2

    ReplyDelete
  6. jejalan cni :)

    owh..ade isu ye..sy x pnh pkai shawl.sbb x reti lilit.asal lilit je bhgian dada jd nmpk.jd singkat.myb ade sesape ble wat tutorial cmne nk bg shawl tu labuh kn.hehe..

    tenkiu dgn sharing ni..

    ReplyDelete
  7. kontroversi gila kott post tu. tp kadang2 ada org pakai shawl berlebih2an sangat. ada yang lawa tp ada yg jadi bahan jenaka. peace*

    ReplyDelete
  8. @semarak api: oh ye..kl u blh tgk..kt gambar 'ahli fikir' at the side of this blog pn.. sy labuhkan bhgn dada. :)

    ReplyDelete
  9. @sayang amirah: hmm.. setuju tu.. tapi nak tegur biarlah berpada kan...jgn bg org malu.. huhu

    ReplyDelete
  10. @jejaka terhangat: betul tu.. i pun dah bace u nyer entry. :)

    ReplyDelete