Sunday, January 2, 2011

:: Selamat Tinggal 2010. Selamat tinggal kenangan pahit. Selamat tinggal duka. ::

Tahun 2010 sudah pun meninggalkan kita.
Tapi baru kali ni Cik Hifaz dapat mengimbau kenangan pahit sepanjang 2010.
**kenangan pahit kan.. tak perlu diingat pun..haha**

Sepanjang tahun ni..
Apa yang Cik Hifaz perasan.. Cik Hifaz banyak kehilangan.
Banyak dugaan.
Banyak tangisan.
Duka yang disimpan di dalam.
Yang tak terluahkan.

Mungkin orang nampak senyuman manis Cik Hifaz di muka..
Tapi di hati sedang menangis hiba.

Study.
Betapa banyak air mata jatuh sebab tensen ngan study.
Tensen ngan research.
Berapa banyak kali give up.
Berapa banyak kali nak berhenti.
Tapi Allah is always by my side.
Sentiasa memberi ketabahan dan jalan.
Doa ibu bapa & keluarga yang mengiringi perjuangan juga banyak membantu.
Terima kasih mok, ayoh & family.
Aku sayang pada kalian.

sayang double triple~~
Cinta.
Ada apa dengan cinta?
Cinta itu buta juga membutakan..
Melukakan namun sukar untuk dilupakan..
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan..
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan..

Tahun 2010 menyaksikan kehilangan cinta pertama.
Setelah 2 tahun duk bergelumang dengan cinta yang tak halal itu.
Akhirnya kecundang jua.
Ye..itu cinta pertama yang dideclare.
Umur 21 baru Cik Hifaz berani menerima seseorang.
Itupun sebab dah nak abis belajar.
**saya budak skema yang kunun tak mo bercinta semasa belajar :P **

Tapi bukan insan pertama yang Cik Hifaz suka.
Kiranya cinta pertama..
Hati ini milik orang lain.
**jiwang la plak bunyi nyer**

Pasrah menerima kehilangan cinta ini.
Bukan jodoh.
Dikejar camner pun kalau dah bukan jodoh..
Akan kecundang jua.
Jadi sebelum lagi susah..
Baiklah give up awal2..
Cukuplah 2 tahun drama swasta ini dipersembahkan.
Dengan watak drama king & drama queen yang interfere di dalam drama ini.
Cukuplah sebelum diri ini bertambah benci dengan insan itu.
Sudah memaafkan namun luka nya masih ada.

Dan ku tahu diri ini juga banyak melakukan kesilapan.
Tidak menerima keikhlas mungkin.
Tidak menerima seadanya.

Kehilangan cinta itu bermakna kehilangan juga seorang sahabat.
Betul la orang cakap..
Jangan bercinta dengan kawan baik.
Kelak akan terputus 2 ikatan.
Persahabatan & percintaan.
Hilanglah kedua2nya.

kenangan~~

cinta tak semestinya bersatu.

memori daun pisang
Sahabat.
Juga kehilangan seorang lagi sahabat.
Hanya kerana CELCOM.
Betul.. kerana CELCOM itu dier sanggup mengatakan aku 'bangang'.
Sedih?
Sangat la.
Tak tahu apa salah ku yang sebenar.

Ramai member mengandaikan sbb pernah menolak cinta.
Benarkah?
Tiada jawapan untuk itu.
Yang pasti..
Selepas itu banyak lagi perkara yang membuatku sakit hati.
Makanya terpaksa remove dari FB.
Maaf.
Sebelum aku membenci dirimu sahabat yang banyak membantu dulu..
Baiklah kiranya aku tidak mengambil tahu kisah mu lagi.

lose both of them. **aku harap org xknal -__-" ..kl knal pun sila wat2 xkenal. sekian **
Sebelum kesedihan menjelma..
Betterla kiranya Cik Hifaz stop menaip.
Yang baik dijadikan teladan..
Yang buruk dijadikan sempadan.

Cik Hifaz: walau banyak memori pahit.. namun masih menyukainya. 

2 comments: