Monday, December 13, 2010

:: Cabaran Lelaki - Demandkah Perempuan Bila Meletakkan Syarat? ::

Salam.

Segmen baru Cik Hifaz ye..
Segmen debat.
Perghhh ajak berdebat plak dah.

Topik hari ini yang akan kita bincangkan:
"Demandkah perempuan bila meletakkan syarat?"

Pernah tak chika korang meletakkan beberapa syarat sebelum kawen? **bg lelaki
Syarat seperti lepas kawen nak korang keje CEO, tak nak duk umah mertua, kena balik kg bini setiap kali cuti & so on.
Pernah?

Ape perasaan korang bila ur chika letak syarat segala?
Sakit hati?
Menyampah?
Cari lain?

Bagi Cik Hifaz..
Tak salah perempuan meletakkan syarat..
Asalkan bukan syarat yang tidak mampu ditanggung oleh lelaki tersebut.
Tidak melampaui hukum syarak & batasan agama.

Kalau tanya Cik Hifaz..
Cik Hifaz de 2 syarat yang selalu bermain di fikiran.

1. Ada lesen kete & pandai bawak kete
2. Rumah atas tanah selepas kahwin

Eh demand nyer Cik Hifaz.
Oh demandkah?
Meh Cik Hifaz bagi isi debat ye.

1. Ada lesen kereta & pandai bawak kereta


Cik Hifaz tak kisah laki tu xde kete. Sebab Cik Hifaz sendiri akan beli kete jugak. Insyaallah.
Tapi lagi bonus kl dier pun ade kete. Ecece.
Tapi, beliau mestilah pandai bawak kete & ade lesen kete.
Sebab pe?
Sebab paling utama adalah Cik Hifaz fikirkan bila Cik Hifaz pregnant.
Cuba fikir ye..
Bila ur wife dah pregnant, perut boyot giler & sudah tak larat.
Tegarkah anda membiarkan isteri anda drive sendiri if korang ade kete tapi korang xde lesen or xreti bawak?

Atau if korang tak de kete.
Naik motor.
Perut boyot ni.
Pagi pergi keje petang balik kete naik motor kapcai dengan perut boyot kt blakang.
Anda sanggup?
Kl sanggup, xpela.

Dan yang paling penting.
Bayangkan bini korang dah nak deliver.
"Abang, perut ayang sakit sangat. Rasanya dah nak beranak ni!!"
Erkk sedikit geli la plak ayat abang ayang segala.

Bayang kan korang ade kete tapi korang xreti bawak.
Tak kan la korang nak suh bini korang yang dah mengerang kesakitan tu bawak kete?
Nak menempah maut?

sumber: pcik google

Bayangkan plak korang xde kete.
Ada motor je.
Nak naik motor pergi hospital?
Mau tergolek bini korang tengah jalan raya tu.

Mayb korang akan cakap..
Ala naik teksi je la.
Tak pun minta tolong jiran2.
Ye..memang la korang boleh panggil teksi.
Tapi bukankah makan masa nak tunggu teksi tu?
Dengan jalan jem strawberi lagi.
Kang terberanak bini korang dalam rumah, tak pasal je jadi bidan terjun.
So kl de kete & reti bawak, bukan kah akan menjimatkan masa? heeee

Kawan laki sy pernah persoalkan..
Katanyer ayah mak kita dolu2 xde kete pun..
Tapi still boleh beranak pinak dengan jayanya.

Ehem.
Zaman dolu ye.
Zaman dolu lain ye anak2.
Panggil bidan.
Lari pecut 400m, pergi rumah bidan
Ok dah bersalin.
Skang ko nak cr bidan kat perumahan ko?
Ade jumpe?
Lain la kl tepi rumah ko tu ade Dr Pakar Sakit Puan.

Jadi adakah salah perempuan meminta sedikit jasa korang untuk kepentingan korang berdua?
Fikir2kan dan selamat beramal.

2. Rumah atas tanah selepas kawen.

sumber: pcik google

Maksud Cik Hifaz adalah kl boleh Cik Hifaz xnak duk apartment ke, umah pangsa ke,yang tinggi2 tu.
Aih demand?

Cik Hifaz fikirkan bile pregnant jugak ye tuan-tuan.
Asyik fikir time pregnant je kan? Kah3x
Cik Hifaz memang suka fikir jauh2 ye.
Kehidupan masa datang.

Tapi ingat..
Cik Hifaz cakap 'kl boleh'.
Maknanyer tidak lah wajib seperti syarat pertama.
Cuma berharap sahaja.

Fikir bila pregnant, penat wooooo.
Perempuan mudah penat masa pregnant.
Sebab tu la cepat hangen marah2.
So kl duk tinggi2.. xde lif..perhhhhh letih!
Kl de lif pun.. Cik Hifaz xsuke duk umah tinggi.
Bayangkan malam2 balik sorang2 masuk lif.
Macam2 boleh jadi.
Time tu orang boleh rompak, bunuh.
Erkkk jgn fikir bukan2.

Kl duk rumah atas tanah (rumah teres ke)..
Senang nak ke mana2.
Tenang je nmpk tanah.
Eceh.
Pregnant pun xpenat.
Balik umah terus sampai ke pintu.
Seronok!

Itu saja ye isi debat Cik Hifaz.
Jom debat sama2.
Itu pendapat Cik Hifaz je.
Tepuk dada tanya selera ok.

Terutama kepada guys..
Pe pendapat korang?

Kepada gurls..
Korang plak syarat camner?

2 comments:

  1. i nak mintak tanah kelapa sawit at least 10 ekar.. tanah getah 10 ekar... rumah 6 bilik sebijik... boleh gitu...? hehehe... boleh blah la kan..

    ReplyDelete
  2. perggghhhhhhhhh **speechless**
    haha

    ReplyDelete