Tuesday, December 21, 2010

:: Wa Suka Gambar Ni Sebab ::

Salam.

Cik Hifaz kembali dengan mood join contest. Hehe
Kali ni Cik Hifaz join Photo Addict Contest anjuran Cik Yuyu.

Banner Photo Addict Contest
Klik -> Photo Addict Contest untuk join

Cik Hifaz dengan besar hati mempertaruhkan gambar ini:
**Cik Yuyu sila tengok ok ^_^**


Sekarang Cik Hifaz nak berceloteh kenapa Cik Hifaz suka gambar ni.
Amaran keras: sila sediakan baldi di sisi sebelum membaca entry ini. Kah3x

Kenapa Cik Hifaz suka gambar ni?
Eh kena guna 'wa'.
Ok.
Wa suka gambar ni sebab wa rasa wa chantek der dalam ni!
Wa rasa macam model der dalam ni!
Angle foto yang baik.
Dressing yang chantek.
Dengan spek mata hitam wooo.
Style der!!!
**ok boleh ambik baldi di sisi tadi dan sila muntah dalam baldi..haha**

Haha. Takde2. Itu bukan sebabnya.

Sebab sebenar Cik Hifaz suka gambar ni adalah kerana kejadian yang berlaku pada 3 kawan Cik Hifaz:
1. Kejadian memujuk Kyo agar tidak balik kampung.
2. Misteri kehilangan Ckin
3. Misteri tak dapat contact Mira

Ceritanya begini:
(Tajuk cerita ini adalah Hikayat Cik Hifaz & Labu Labinya) 
**Sila baca dengan nada membaca cerita hikayat. Thank kaseh ^_^

Tersebut lah kisah pada hari sabtu lepas (18/12/2010).
Adapun sehari ketika itu, kawan Cik Hifaz (Ckin) ada mengatakan keinginannya untuk datang ke bilik Cik Hifaz.
Cik Hifaz yang baik hati telah menerima keinginan itu dengan hati terbuka.
Tetapi oleh kerana populariti Cik Hifaz, Cik Hifaz telah diajak keluar pada tengah hari Sabtu tersebut.
Disebabkan itu, Cik Hifaz tidak dapat menerima kunjungan Ckin pada pagi Sabtu. 
Makanya Ckin terpaksa datang pada petangnya.
Adapun demikian, Cik Hifaz turut menjemput seorang lagi kawan Cik Hifaz (Kyo) untuk turut sama memeriahkan malam Ahad di bilik Cik Hifaz.
Tetapi Kyo telah terlebih dahulu menyatakan keinginannya untuk balik ke kampung beliau di Sabak Bernam.
Namun begitu, atas kemanisan mulut Cik Hifaz yang telah ditambah gula ini, Cik Hifaz telah berjaya memujuk Kyo. Cik Hifaz memang hebat! **baldi tadi ade kat tepi lagi kan?**

Makanya, setelah Cik Hifaz pulang dari keluar makan, Cik Hifaz dengan hati gumbira telah menerima kedatangan Kyo.
Setelah itu, kami berdua menanti kehadiran Ckin.
Adapun malam itu sambil menunggu kehadiran Ckin, Cik Hifaz telah didatangi oleh satu idea yang bernas.
Cik Hifaz telah mengutarakan cadangan untuk mengadakan photoshoot beramai2.
Makanya Cik Hifaz telah menghantar SMS kepada seorang lagi teman Cik Hifaz bernama Mira.
Tetapi satu kemusykilan telah hadir sekali kerna beliau tidak menjawab SMS tersebut.
Apabila Cik Hifaz menelefon beliau.. beliau tidak mengangkatnya malahan telah memasuki Voicemail pula.
Kejadian ini amat jarang berlaku kerana kebiasaannya beliau sentiasa di sisi handphone beliau.
Tetapi Cik Hifaz berfikiran positif, mungkin bateri handphone telah abis.

Manakala lain pula hal nya dengan Ckin.
Jam sudah beransur malam tetapi beliau masih belum tiba.
Kemusykilan telah hadir apabila Cik Hifaz cuba menelefon juga tidak diangkat.
Kemanakah beliau?
Diculikkah?
Ada apa2 berlaku kah?
Gusar hati memikirkan beliau.
Akhirnya cadangan Cik Hifaz berlalu begitu saja.
Berakhir dengan ketidoran tanpa sebarang jawapan.

Keesokan paginya, 
Ckin telah menelefon Cik Hifaz mengatakan tidak dapat hadir.
Sebab?
Beliau terjatuh ketika dalam perjalanan ke bilik Cik Hifaz!
Jatuh terlentang berhampiran longkang komuter Bank Negara yang ramai orang menyebabkan beliau kesakitan kaki & terpaksa pulang semula ke rumah.
Aduh, amat kasihan.
Kesakitan & kemaluan malu pula kerna tempat tersebut teramatlah ramai orang.
Tetapi tidak dapat menahan gelak apabila beliau menceritakan kejadian tersebut.
Maaf Ckin.
Sesungguhnya Cik Hifaz memang suka gelak. Muaahahaha
Misteri kehilangan Ckin terjawab jua.

Tetapi plan bertukar apabila Kyo menyatakan hasrat Cik Hifaz untuk photoshoot kepada Ckin.
Dengan penuh bersemangat beliau mengajak Cik Hifaz membuat photoshoot di Taman Tasik Titiwangsa, berhampiran rumah beliau.
Makanya Cik Hifaz sangat gembira!
Ckin juga sudah melupakan kesakitan beliau apabila mendengar photoshoot tersebut.
Memang dasar Gila Kamera. Hahahah

Adapun misteri tak dapat contact Mira belum terjawab.
Cik Hifaz berusaha lagi menghubungi handphone beliau untuk mengajak beliau photoshoot.
Tetapi masih serupa.
Tiada yang menjawab sehingga masuk ke voicemail.
Kenapakah?
Adakah sebenarnya handphone beliau tercicir di mana2?
Adakah beliau bergaduh dengan orang sehingga beliau off kan handphone beliau?
Seribu satu soalan di situ.
Akhirnya Cik Hifaz dan Kyo memulakan perjalanan tanpa Mira.
Berdua sahaja.
Sampai pertengahan jalan barulah Mira menghantar SMS mengatakan handphone nya problem bateri.
Alhamdulillah terjawab sudah segala teka teki.

Tetapi sedikit sedih kerana hanya bertiga sahaja.
Tetapi bertiga itu sebenarnya sudah macam bertujuh.
Kerna adanya Ckin adalah sama dengan adanya 5 orang.
Jadinya Ckin (5) + Cik Hifaz (1) + Kyo (1) = 7orang.
Memang kecoh!
Dan Cik Hifaz sangat gembira kerana photoshoot kali ini sangat meriah walaupun bertiga.
Sangat manis.
Walaupun banyak rintangan akhirnya keinginan dapat dilunaskan.
Alhamdulillah.
Sebab itu Cik Hifaz suka gambar ini.

"Sahabat, hadirmu membawa seribu kemanisan." - Cik Hifaz

Hah, panjang plak hikayat Cik Hifaz ni.
Sorry ye.
Baiklah kiranya Cik Hifaz stop di sini sebelum tersasar lagi jauh.

Cik Hifaz nak tag Nerra, Wiyah & Wani



2 comments: